Panggil sahaja aku sebagai Amen. Dalam bulan Ogos 2008 aku telah ditawarkan jawatan sebagai guru cemerlang DGA34(KUP). Kejayaanku ini adalah hasil usaha dan sokongan daripada mantan guru besar, iaitu Tn. Hj. Saleh bin Abdul Hamid. Masih segar dalam ingatanku ketika kami sama-sama mengisi borang di PPD Hilir Perak. Terima kasih, cikgu! Terasa bagaikan mimpi kerana aku tidak terlalu berharap akan jawatan ini. Namun, itulah dinamakan sebagai rezeki dan takdir. Justeru, aku menerimanya dengan tangan terbuka.
No comments:
Post a Comment