PROFIL GC

Saturday, July 23, 2011

TEKNIK MENJWB SOALAN BM




Prgm ini telah dijalankan di Bilik Gerakan SK. Hutan Melintang dari jam 11:00 pagi hingga 1:00 tengah hari pada tanggal 21 Julai 2011. Penceramahnya ialah Cikgu Amenuddin Abdul Aziz ( hihi... ). Teknik MESWA diperkenalkan kepada semua murid yang terbabit.

Sunday, July 10, 2011

PROGRAM GEMILANG UPSR

Program anjuran Yayasan Perak dengan kerjasama PPD Hilir Perak bagi subjek Bahasa Melayu telah berlangsung pada 9.7.2011 bertempat di SK. Simpang Empat ( Kel:5,6,7,8 ) bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari. Fasilitator yang terbabit ialah En. Amenuddin Abdul Aziz ( GC DGA34 SK. Hutan Melintang ), Pn. Minah Dawi ( GC DGA32 SK Seri Setia Teluk Intan ), dan En. Mohd Puad Shamsudin ( GC DGA32 SK Sg Tukang Sidin Teluk Intan ). Semoga program ini menghasilkan sesuatu yang positif akhirnya...insya-Allah.

Tuesday, June 7, 2011

CUTI-CUTI SINGAPURA...






Percutian dengan rakan-rakan boling Perak berlangsung dari 1 - 4 Jun 2011. Destinasi percutian ialah Singapura. Bertolak dari Unit Sukan Ipoh kira-kira pada jam 7 pagi dan tiba di Johor Bahru kira-kira jam 6.30 petang.

Saturday, May 21, 2011

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH





Sambutan Hari Guru SK. Hutan Melintang telah berlangsung pada 16.5.2011 ( ucapan perutusan ) dan 20.5.2011 ( keraian ). Terima kasih kepada pihak penganjur dan urus setia. Selamat Hari Guru !

Thursday, May 19, 2011

PIDATO DAERAH HILIR PERAK 2011


SK Hutan Melintang menghantar Mohd Zawawi Dawam bagi mewakili Kelompok 5 ke peringkat daerah. Beliau berjaya memperoleh hadiah saguhati. Walaupun mengalami masalah suara serak, beliau tetap berusaha untuk berjaya. Tahniah...

BOLING HARI GURU 2011



Kejohanan ini berlangsung di Ampang Superbowl Ipoh pada 17 Mei 2011 bermula jam 9.30 pagi. Daerah Hilir Perak menghantar empat pasukan. Walaupun tiada pasukan yang menang, Cikgu Amen berjaya mendapat tempat ke-7 kategori individu daripada lebih kurang 93 orang bowlers seluruh Perak.

Friday, May 6, 2011

LADAP KALI KE-2, PANITIA BAHASA MELAYU



LADAP bertajuk "Aplikasi MESWA dalam p&p Bahasa Melayu" telah diadakan di Bilik Gerakan SK Hutan Melintang pada 5 Mei 2011 bermula pada jam 2.30 petang. Ceramah disampaikan oleh En. Amenuddin Abdul Aziz ( GC BM SKHM ). Semua guru BM sekolah ini hadir.

Thursday, April 28, 2011

STRATEGI PEMBELAJARAN BERKESAN




Program khas untuk murid-murid tahun enam telah berlangsung di Bilik Gerakan SK. Hutan Melintang. Penceramahnya ialah Cikgu Mohd Izwan Hafiz bin Razali, kaunselor dari SK. Raja Muda Musa, Teluk Intan. Tahniah dan terima kasih...

Saturday, April 23, 2011

GOTONG-ROYONG KECERIAAN SEKOLAH



Program ini dijalankan pada 23 APRIL 2011 mulai jam 8.00 pagi. Antara objektifnya adalah untuk menceriakan kawasan sekolah serta membina sebuah pondok khas untuk ibu bapa menunggu murid di luar kawasan sekolah. Terima kasih kepada semua yang hadir...

Friday, April 22, 2011

LADAP SKEMA PENSKORAN PENULISAN UPSR

LADAP ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu, SK. Hutan Melintang. Ceramah disampaikan oleh En. Amenuddin Abdul Aziz, Guru Cemerlang Bahasa Melayu SK. Hutan Melintang. LADAP dijalankan pada 21 April 2011 mulai jam 2.00 petang di Bilik Gerakan. Guru-guru Bahasa Melayu yang hadir ialah En. Mohd Mokhtar, En. Khairman, Pn. Ijam, Pn. Zakiah dan Pn. Ijam.

Thursday, April 21, 2011

FORUM PELAJAR 2011





Program berlangsung pada 21 April 2011 bertempat di Bilik Gerakan SKHM. Ia dihadiri oleh semua murid tahun enam. Ahli-ahli panel terdiri daripada bekas pelajar SKHM sesi 2005.
1) Mohd Shahrul Zainal Naim bin Ahmad Jamil - Kolej Yayasan Saad, Melaka.
2) Azmah Aziz binti Aziz Ahmad - MRSM Taiping.
3) Mohd Faiz bin Mohd Yunus - SMA Persekutuan Kajang.
Terima kasih semua...

Saturday, March 12, 2011

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSPK 2011




Kejohanan ini telah berlangsung dari 7 - 10 Mac di Ampang Superbowl, Ipoh. Tiga orang murid lelaki dan seorang murid perempuan dari SK Hutan Melintang telah berjaya mewakili Daerah Hilir Perak ke kejohanan ini. Mereka ialah :
1. Mohd Nazirul Ikmal b. Mohd Rashid - 6 Merah
2. Mohd Farhan b. Nizam - 6 Merah
3. Mohd Noor Amin b. Hamdan - 5 Merah
4. Thuniseri a/p Visvam - 6 Merah

Tahniah kepada Mohd Nazirul kerana berjaya memperoleh tempat ke-7 dalam acara individu dan layak ke peringkat masters. Di peringkat masters, beliau berjaya mendapat tempat ke-6 dan layak menerima pingat gangsa. Tahniah...

Thursday, March 3, 2011

LADAP DI SKHM...




LADAP dijalankan di Makmal Komputer SKHM pada 26.02.2011 (Sabtu). Tajuk yang dibentangkan oleh Tn Hj Kamalodin Mohamad ialah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan Standard Guru Malaysia (SGM). LADAP berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Monday, February 21, 2011

MAKMAL BAHASA SKHM...




Alhamdulillah...akhirnya terlaksana jua impian untuk merealisasikan kewujudan sebuah makmal bahasa di SK. Hutan Melintang. Semoga kemudahan ini akan diguna pakai sepenuhnya oleh warga SKHM apabila operasinya dimulakan selepas setiap guru memperoleh jadual waktu baru.

MAKAN-MAKAN DI KFC H/MELINTANG



Majlis "makan-makan" bagi meraikan kejayaan pasukan boling SKHM telah diadakan di KFC Hutan Melintang kira-kira pada jam 5.00 petang, 20 Februari 2011. Guru Besar SKHM telah sudi menaja keseluruhan jamuan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Kamalodin atas sumbangan beliau demi memotivasikan murid-murid.

Saturday, February 19, 2011

KEJOHANAN BOLING MSSD H/PERAK 2011




Kejohanan telah berlangsung di Ampang S/Bowl Ipoh pada 19 Februari 2011. SKHM telah menghantar 9 orang pemain, iaitu 6 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. SKHM berjaya lagi menjadi johan keseluruhan kategori lelaki.

LELAKI BAWAH 12
JOHAN : MOHD FARHAN BIN NIZAM
NAIB JOHAN : MOHD NOORAMIN BIN HAMDAN
KELIMA : MOHD NAZIRUL IKMAL BIN MOHD RASHID

PEREMPUAN BAWAH 12
KETIGA : THUNISERI A/P VISVAM

Tahniah kepada semua yang terlibat...

Monday, February 7, 2011

SKHM BOWL'S TEAM 2011




Beberapa siri latihan telah pun dijalankan di pelbagai lokasi terpilih bagi mengelakkan kebosanan di samping menambahkan ilmu serta minat pemain dalam menceburi bidang sukan boling tenpin ini. Semoga 2011 terus memberikan sinar cemerlang dalam arena sukan ini khususnya untuk warga SKHM.