PROFIL GC

Thursday, March 29, 2012

PEMILIHAN BOLING TENPIN MSSM...



Mohd Arif berjaya mendapat tempat kedua dalam pemilihan pasukan boling tenpin ke peringkat MSSM yang akan berlangsung di Pulau Pinang dari 17 - 22 April 2012. Tempat pertama dimenangi oleh murid dari Manjung, ketiga LMS dan keempat Manjung. Tahniah ....

Tuesday, March 27, 2012

KURSUS SAMBIL SANTAI DI BUKIT MERAH LAKETOWN

Kursus SISC diadakan dari 26 - 29 Mac 2012 di Bukit Merah Laketown Resort. Antara objektifnya adalah untuk membolehkan peserta kursus bertindak selaku jurulatih untuk membantu sekolah-sekolah yang masih berada dalam band 6 dan 7.





Monday, March 19, 2012

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSPk 2012


Tahniah diucapkan kepada Mohd Arif dari SK. Hutan Melintang yang mewakili Daerah Hilir Perak kerana berjaya mendapat pingat gangsa dalam kategori individu lelaki dan masters. Arif juga layak untuk pemilihan ke peringkat MSSM pada 28 dan 29 Mac nanti. Tahniah juga kepada pasukan Hilir Perak kerana turut memperoleh gangsa dalam kategori lelaki berpasukan. Tahniah...

Saturday, March 3, 2012

PROGRAM MENTOR PROTEGE


Pada 3 Mac 2012, sambutan hari ulang tahun protege kepada Cikgu Amen, iaitu Mohd Arif telah diadakan di KFC Hutan Melintang kira-kira pada jam 8.15 malam. Sambutan ini diadakan secara peribadi.

Thursday, March 1, 2012

PEMILIHAN BOLING KE PERINGKAT NEGERI 2012

Pada 1 Mac 2012 telah berlangsung pertandingan boling tenpin di Ampang Superbowl Ipoh untuk memilih pemain-pemain yang bakal mewakili Daerah Hilir Perak ke Negeri Perak bermula dari 19 Mac 2012 nanti. Dua orang murid dari SK. Hutan Melintang, iaitu Mohd Arif dan Mohd Aidil Alif terpilih ke peringkat negeri. Mohd Arif berjaya menjadi johan manakala Mohd Aidil Alif menjadi naib johan.





Tahniah dan semoga berjaya ke peringkat masters dan kebangsaan pula nanti. Insya-Allah.