PROFIL GC

Thursday, May 28, 2009

MESYUARAT PENGGUBALAN SOALAN PSUB KALI KE-2


Pada 28 Mei 2009, bermula jam 2.30 petang telah berlangsung mesyuarat ini bertempat di PKG Teluk Intan. Sebanyak 9 orang guru hadir bagi memastikan kelancaran mesyuarat tersebut.

Pada kali ini, urusan memasukkan 2 set soalan untuk PSUB ( setiap satu set berjumlah 100 soalan ), dijalankan dengan menggunakan kecanggihan KTMK. Setiap guru yang telah ditugaskan untuk menggubal beberapa buah soalan sebelum ini menyerahkan setiap soalan yang telah dibuat kepada Cikgu Ramli Sabran dan Cikgu Sapari bagi dimasukkan ke dalam tapak soalan yang telah sedia ada.

Urusan pengeditan pula dijangka akan dijalankan pada 18 Jun 2009 di tempat yang sama.

Monday, May 25, 2009

PEMANTAUAN PLBS OLEH KETUA PENTAKSIR KAWASAN


Kira-kira pada jam 11.00 pagi, 25 Mei 2009, Ketua Pentaksir Kawasan PLBS, iaitu Cikgu Ramli Sabran telah hadir ke SKHM bagi membuat pemantauan fail PLBS. Pentaksir Kawasan (Cikgu Amenuddin Abdul Aziz) dan Ketua Pentaksir Sekolah (Cikgu Mohd Mokhtar Yunus) turut serta dalam pemantauan tersebut. GPK1 juga turut serta dalam diskusi tersebut.


Hasil pemantauan tersebut, beberapa perkara terkini berkenaan PLBS telah didedahkan. Cikgu Ramli Sabran turut berpuas hati tentang pengurusan fail PLBS sekolah ini. Terima kasih, cikgu...!


Thursday, May 21, 2009

PROGRAM TURUN BANTU UPSR...(01)

Pada jam 10.45 pagi, 20 Mei 2009, aku pergi ke SK. St. Anthony Cawangan Langkap bagi menjayakan Program Turun Bantu UPSR buat kali pertama. Kehadiranku disambut oleh GPK (1), iaitu Pn. Narimah.

Perbincangan bagi mengenal pasti masalah yang mereka hadapi dijalankan antara aku, Pn. Narimah dan guru Bahasa Melayu tahun 6 sekolah ini, iaitu Cikgu Rostam Malek. Hasil perbincangan mendapati secara jelas bahawa terdapat sedikit sahaja masalah, iaitu dalam subjek Bahasa Melayu Penulisan. Kata sepakat diperoleh agar aku datang sekali lagi ke sekolah ini selepas berakhirnya cuti dua minggu nanti. Kemudian, perbincangan dan tunjuk ajar secara lanjut akan dijalankan.

Terima kasih atas layanan yang cukup baik aku terima daripada warga SK. St. Anthony Cawangan Langkap. Insya-Allah, harapan kita akan menjadi kenyataan dengan izin Allah swt.

KURSUS & BENGKEL PEMANTAPAN P&P B/MELAYU

Pada 19 dan 20 Mei 2009 telah berlangsung kursus ini bertempat di Dewan Cempaka PPD Hilir Perak. Kira-kira 60 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu hadir bagi mengikuti kursus tersebut. Pihak urus setia terdiri daripada warga pendidikan dari SK Ayer Hitam. Pihak PPD turut memberi kerjasama bagi menjayakan kursus tersebut.

Pada 19 Mei 2009, slot Bahasa Melayu Pemahaman dikendalikan oleh Cikgu Ramli Sabran (SK. Sg. Tungku) dengan dibantu oleh Cikgu Norliza (SK Kg. Bahagia).

Pada 20 Mei 2009 pula, slot teknik menjawab Bahasa Melayu Penulisan dikendalikan oleh Cikgu Minah Dawi (SK. Seri Setia) manakala Cikgu Amenuddin Abdul Aziz (SK. Hutan Melintang) mengendalikan slot penskoran Bahasa Melayu Penulisan.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walau bagaimanapun, terdapat juga guru yang kurang bermotivasi untuk menyertai kursus ini. Impaknya, mereka mengganggu tumpuan rakan-rakan sejawatan yang berminat untuk berkongsi ilmu dalam bidang ini sama ada dengan mengadakan lawak jenaka yang tidak kena pada tempatnya, membebel tanpa berani menggunakan saluran yang betul serta berbangga menonjolkan perwatakan diri secara negatif.

Justeru, benarlah peribahasa lama yang berbunyi, "...jika guru kencing berdiri, murid akan kencing berlari....". Buktinya, lihat sahajalah kerendahan akhlak di kalangan pelajar yang semakin berleluasa dari sehari ke sehari. Sesungguhnya, ketinggian martabat keguruan berpunca daripada keikhlasan dan minat insan bergelar guru menjalankan tanggungjawab mereka. Walaukan "wang" penting, tetapi "wang" bukanlah segala-galanya bagi insan yang bergelar GURU ...!

Dek nila setitik, rosaklah susu sebelanga........

Monday, May 18, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH







Pada 18 Mei 2009, bermula pada jam 8:00 pagi telah berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat SKHM. Oleh sebab hujan gerimis, atur cara formal dijadikan sebagai pembukaan. Justeru, pelbagai perutusan dan ucapan disampaikan oleh guru-guru yang terbabit.

Sambutan Hari Guru pada tahun ini dikendalikan oleh kakitangan bukan guru. YDP, NYDP serta AJK PIBG turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Pelbagai jenis persembahan oleh murid-murid turut menghiburkan para guru. Aku juga turut mendendangkan sebuah lagu bertajuk "Salam Terakhir" dengan iringan gitar oleh Cikgu Ashady. Saja nak suka-suka....

Selepas menikmati jamuan di kantin sekolah, acara sukaneka pula diadakan di Dataran SKHM. Pelbagai reaksi guru dapat diperhatikan sepanjang acara tersebut berlangsung. Pendek kata, macam-macam ada.....kumpulan aku mendapat tempat tercorot....!!
Akhir sekali, dijalankan atur cara pertukaran hadiah di kalangan kakitangan SKHM. Guru Besar dijemput untuk menyampaikan semua hadiah. Guru Besar turut menyampaikan cenderahati peribadinya kepada kami. Terima kasih, cikgu.....

Hahaha.....aku telah dipilih oleh rakan-rakan sebagai Tokoh Guru SKHM 2009! Dapatlah cenderahati untuk kenang-kenangan. Walaupun pada tahun ini aku sering keluar meninggalkan sekolah, tetapi entah mengapa aku jua yang dipilih oleh mereka. Apa-apapun aku amat menghargainya. Terima kasih, teman....

Kepada semua murid, terima kasih kerana menghulurkan hadiah untuk guru-guru walaupun bukan hadiah yang kami harapkan. Begitulah rentetan hidup seorang guru yang tetap disanjung oleh murid-muridnya biarpun semakin banyak cabaran dan dugaan yang melanda.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA....SELAMAT HARI GURU !





Thursday, May 14, 2009

MESYUARAT PENGGUBALAN SOALAN PERTANDINGAN SYARAHAN DAN UJIAN BERTULIS SJK(C) / SJK(T) NEGERI PERAK 2009




Mesyuarat telah berlangsung di PKG Teluk Intan pada 14 Mei 2009 mulai jam 3:00 petang. En. Abdul Rahman bin Shaari, Penolong PPD (SR) turut hadir. Taklimat dikendalikan oleh En. Mohd Ramli bin Sabran, Guru Cemerlang Hilir Perak.






Sepuluh orang guru turut hadir bagi membantu penggubalan soalan ini. Setiap guru diagihkan tugasan masing-masing dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Perjumpaan seterusnya dijangka pada 28 Mei 2009 (Khamis).






Walaupun beban tugas semakin berat, namun semuanya akan cuba diselesaikan tanpa sebarang rungutan. Insya-Allah segala-galanya akan berjalan dengan lancar.






Wednesday, May 13, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN PBS














Wakil PPD, Ketua Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Kawasan Hilir Perak sedang mengadakan sesi perbincangan.



En. Abdul Ghani sedang menyampaikan taklimat. Semua guru khusyuk mendengarnya.
Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan PBS bagi subjek Bahasa Melayu buat kali ke-3 telah berlangsung di Hotel Hill City, Ipoh pada 13 Mei 2009 yang lalu. Semua wakil PPD Perak, Ketua Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Kawasan hadir pada hari tersebut.

Pn. Maimunah Rohani, iaitu Ketua Pentaksir Negeri telah menyampaikan taklimat mengenai perubahan terkini dalam PLBS. Ini untuk memastikan kelancaran pentaksiran yang perlu dijalankan di setiap sekolah di negeri Perak. Antara perubahan yang dinyatakan ialah penggunaan pelbagai jenis borang seperti RPM, PPM, BSI dan LP. Selain itu, jika berlaku pertukaran sekolah di kalangan murid, mereka perlu membawa semua borang ke sekolah yang baru kecuali borang BSI.

Sijil PLBS perlu dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada murid-murid tahun 6 sahaja. Tarikh berlangsungnya PLBS penggal pertama adalah dari bulan Januari - Julai 2009. Dari 3 - 6 Ogos 2009, setiap Ketua Pentaksir sekolah perlu menyerahkan hasil dapatan kepada Pentaksir Kawasan. Dari 10 - 13 Ogos pula, Pentaksir Kawasan perlu menyerahkan dapatan mereka kepada Ketua Pentaksir Kawasan manakala dari 17 - 20 Ogos 2009, Ketua Pentaksir Kawasan perlu menyerahkn dapatan mereka kepada Ketua Pentaksir Negeri.

Dalam mesyuarat itu juga, Ketua Sektor memberi jaminan bahawa tidak akan timbul masalah kedatangan para pentaksir ke sekolah-sekolah disambut dengan layanan negatif oleh pihak pentadbir sekolah. Jika masih berlaku, beliau meminta agar dimaklumkan kepadanya nama sekolah-sekolah yang berkenaan. Ini bagi memastikan urusan PLBS dapat berjalan dengan lancar di negeri Perak ini.

Monday, May 11, 2009

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN BM

Pada 10 Mei 2009, aku dijemput sekali lagi untuk menyampaikan ceramah dalam Program Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR bertempat di Pusat Tuisyen Megah Gemilang, Langkap. Oleh sebab, Pn. Noraini, iaitu salah seorang guru dari SK. Sri Langkap merupakan urus setianya, aku menerima undangan ini dengan tangan terbuka walaupun menghadapi banyak kekangan masa.

Dari jam 8:30 pagi hingga 12:00 tengah hari aku menyampaikan ilmu kepada murid-murid yang hadir pada hari tersebut. Respon daripada mereka amat menggalakkan. Semoga mereka berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.

Friday, May 8, 2009

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSPK 2009

Mohd Asyraf sedang menerima hadiah kategori jatuhan pin tertinggi Lelaki Bawah 15 tahun.
Inilah wajah-wajah penyeri boling tenpin Hilir Perak - L15
(Asyraf, Safwan, Izwan, Samael)
Kontinjen Boling Tenpin Hilir Perak semasa upacara penutup...
Pasukan Lelaki Bawah 12 tahun dengan jurulatihnya.....
(Qura'ani di belakang tu "enter frame" gak....)

Kontinjen boling tenpin dari Hilir Perak sebanyak 24 orang pemain dan 9 orang urus setia telah berkampung di Hotel Fair Park Ipoh dari 3 Mei - 7 Mei 2009. Kejohanan boling tenpin pada tahun ini berlangsung di Ampang Superbowl Ipoh.

Pasukan Hilir Perak berjaya memperoleh satu pingat gangsa menerusi kategori Lelaki Bawah 15 Tahun. Mohd Asyraf Hazli dari SMK Sultan Abdul Aziz turut dinobatkan sebagai pemain paling banyak jatuhan pin bagi kategori ini, iaitu sebanyak 222 jatuhan pin.
Walaupun sehingga kini Hilir Perak masih ketiadaan "bowling alley", namun masih mampu melahirkan pelajar yang berjaya dalam bidang boling tenpin ini.