PROFIL GC

Saturday, March 12, 2011

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSPK 2011




Kejohanan ini telah berlangsung dari 7 - 10 Mac di Ampang Superbowl, Ipoh. Tiga orang murid lelaki dan seorang murid perempuan dari SK Hutan Melintang telah berjaya mewakili Daerah Hilir Perak ke kejohanan ini. Mereka ialah :
1. Mohd Nazirul Ikmal b. Mohd Rashid - 6 Merah
2. Mohd Farhan b. Nizam - 6 Merah
3. Mohd Noor Amin b. Hamdan - 5 Merah
4. Thuniseri a/p Visvam - 6 Merah

Tahniah kepada Mohd Nazirul kerana berjaya memperoleh tempat ke-7 dalam acara individu dan layak ke peringkat masters. Di peringkat masters, beliau berjaya mendapat tempat ke-6 dan layak menerima pingat gangsa. Tahniah...

Thursday, March 3, 2011

LADAP DI SKHM...




LADAP dijalankan di Makmal Komputer SKHM pada 26.02.2011 (Sabtu). Tajuk yang dibentangkan oleh Tn Hj Kamalodin Mohamad ialah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dan Standard Guru Malaysia (SGM). LADAP berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.