PROFIL GC

Monday, December 14, 2009

PUNCA UTAMA MASALAH DISIPLIN PELAJAR

Pada masa kini, masalah disiplin di kalangan pelajar semakin menjadi-jadi. Pelbagai pendekatan dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Walau bagaimanapun, masalah tersebut tetap berleluasa. Lebih malang lagi, ada sesetengah sekolah yang cuba merahsiakan kes disiplin yang sebenarnya dengan menyatakan bahawa sekolah mereka tiada masalah disiplin pelajar.

Sebenarnya, punca utama berleluasanya masalah disiplin ini adalah kerana kelemahan guru-guru perempuan / wanita dalam menanganinya sama ada di dalam ataupun di luar kelas. Memang tidak dapat dinafikan, bilangan guru perempuan lebih banyak daripada guru lelaki di beberapa buah sekolah. Tidak dapat dinafikan bahawa guru-guru perempuan lebih komited dengan tugasan terutamanya dalam aspek pendokumentasian mereka berbanding guru-guru lelaki. Tidak dapat dinafikan juga bahawa guru perempuan lebih gemar membebel daripada guru lelaki. Namun, yang menyedihkan ialah guru perempuan gagal mendisiplinkan pelajar-pelajar. Sebaliknya, mereka yang dipermainkan semula oleh pelajar-pelajar. Justeru, bagaimana masalah disiplin dapat ditangani sekiranya situasi ini kerap berlaku di sekolah-sekolah?

Sebagai jalan penyelesaian, pihak berwajib perlu memastikan nisbah guru lelaki di sesebuah sekolah itu perlulah lebih banyak daripada guru perempuan. Sehebat-hebat guru perempuan adalah selemah-lemah guru lelaki! Adakah kalian bersetuju dengan isu kontroversi ini? Nyatakan komen secara praktikal, bukannya emosional demi memartabatkan institusi pendidikan di samping mampu menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah.

Tuesday, December 1, 2009

BOLING GURU & BEKAS MURID


Pada cuti Hari Raya Eid Adha ( ejaan baru....ntah betul atau tidak ), aku dan bekas murid SKHM bermain boling bersama-sama di TLDM Lumut. Seronok rasanya dapat bertemu dengan murid-murid yang telah berjaya dalam pelajaran khasnya. Ada yang bakal menjadi guru dan ada yang telah berjaya menapak ke UiTM Shah Alam.....aiks macam cikgu gak ye.....graduan ITM Cawangan Perak 85/87.

Ehem...keputusan bermain boling? Tak payah ceritalah siapa yang menang....kakaka! Apa-apapun tahniah kerana telah berjaya menempuhi sebahagian cabaran dalam kehidupan ini.

Wednesday, November 25, 2009

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009


HAK telah berlangsung pada pagi 19 November 2009. Perasminya ialah Pengetua Cemerlang, Sek. Men. Sains Bagan Datoh. Pada hari ini juga keputusan UPSR diumumkan. Alhamdulillah...SKHM berjaya sekali lagi kerana 13 orang murid memperoleh 5A. Nampaknya SKHM tetap maintain walaupun Guru Besar telah bertukar ganti. Ini adalah hasil kerjasama semua pihak. Walaupun tidak bergelut dengan tuisyen siang malam, kecemerlangan tetap mampu digenggam. Yang penting ialah "quality times"! Tahniah...

Friday, November 6, 2009

PRAKTIKAL ASAS BOWL





Praktikal asas bowl, iaitu knee down drill, balance drill, one step drill dan five step drill telah dijalankan di Green Mall Bowl, Ipoh pada 6/11/2009 dari jam 4.00 hingga 6.00 petang.

Wednesday, November 4, 2009

TEORI BOLING TENPIN





Pada 4 November 2009, dari jam 3.00 hingga 5.00 petang telah berlangsung sesi pembelajaran secara teori permainan boling tenpin untuk beberapa orang ahli Kelab Boling Tenpin SK. Hutan Melintang di bawah kendalian Cikgu Amenuddin bin Abdul Aziz.
Antara teori yang dipelajari ialah pengenalan istilah seperti sette, concourse, strike, spare, split, lane, pin dan core. Selain itu, ahli-ahli juga didedahkan tentang jenis lane, ciri-ciri pin, spesifikasi bola dan asas permainan boling yang pertama, iaitu "knee down drill". Sebelum bersurai, semua ahli berpeluang melakukan aktiviti "knee down drill" di dalam kelas. Insya-Allah, mereka akan mula ke pusat boling pada minggu hadapan. Ahli-ahli Kelab Boling yang hadir ialah Azrul Naim (5M), Mohd Faris (5M), Amir Iman (5M), Mohd Helmi (5K), Mohd Aidil (5M), Wan (5K), Nur Hamizah (5M) dan Fatin Syamimi (5M). Tiga orang ahli tahun 4 tidak dapat hadir kerana menduduki ujian di SRAR AL-Ghaniah. Seorang murid tahun 5M pula tidak hadir ke sekolah pada hari ini.

Friday, October 30, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN 4 MERAH



Jamuan ini telah berlangsung kira-kira pada jam 3.00 petang, 29 Okt. 2009 bertempat di kantin sekolah. Menu jamuan ringkas ini ialah mi goreng, nasi impit, rendang ayam, tembikai dan air anggur.

BULAN BAHASA SKHM





Sepanjang bulan Oktober 2009, beberapa aktiviti yang berkaitan dengan Bulan Bahasa telah berlangsung di SKHM. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh GPK1 SKHM. Tahniah kepada para pemenang...

Wednesday, October 21, 2009

KURSUS KEJURULATIHAN BOLING TENPIN






Kursus level satu ini berlangsung dari 19 - 23 Oktober 2009 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh dan Ampang Superbowl. Para peserta kursus terdiri daripada guru dari negeri Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Sunday, October 4, 2009

JAMUAN PENGAWAS SKHM






Bertempat di Kafe Tokyo di Simpang Empat, pihak pengawas telah mengadakan jamuan akhir tahun yang bermula pada jam 3.00 petang. Guru Besar dan beberapa orang guru dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Pelbagai juadah dihidangkan seperti chicken chop, kek, kuih raya dan ais krim. Cabutan bertuah dan pemberian cenderamata kepada semua pengawas turut dijalankan. Majlis berakhir kira-kira pada jam 4.30 petang. Terima kasih kepada Guru Besar SKHM kerana sudi menghulurkan cenderamata berupa fail kepada semua pengawas. Tahniah kepada Jawatankuasa Pengawas atas kejayaan mengendalikan jamuan ini.

PROGRAM KHATAM AL-QURAN & HARI RAYA



Barisan vip sedang khusyuk...







Pada pagi 2 Oktober 2009 telah berlangsung program ini bertempat di kantin SKHM. Majlis dimulakan dengan Program Khatam Al-Quran. Kemudian semua guru dan murid menikmati makanan yang disediakan sempena jamuan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Bekas Guru Besar, iaitu Pn. Hjh. Noraini turut hadir.








Thursday, October 1, 2009

PERSIAPAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN


AJK Persiapan Tempat & Hiasan Pentas sedang bertungkus-lumus menjalankan tugas masing-masing. Walaupun sekolah tiada dewan khas ataupun bilik yang indah, semua itu tidak mengekang hasrat kami untuk merealisasikan program tersebut sebaik yang mungkin. Terima kasih atas kerjasama yang kalian berikan.

RUMAH TERBUKA CIKGU IJAM


Ha...inilah rumah baru Cikgu Ijam di Taman Mewah, Simpang Empat! Aku dan rakan-rakan sempatlah "enter frame". Terima kasih kerana menjemput kami memeriahkan sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 30 September 2009 yang lalu. Sedap laksa dan nasi goreng tu...

Saturday, September 26, 2009

BERAYA DI TERENGGANU


Gambar aku dan keluarga mentua di Terengganu...walaupun orang kampung tetapi anak-anak berpelajaran tinggi serta tidak meninggi diri!


Musim buah cempedak.....tak payah beli !


Mat turut bermain boling dengan aku...


Aku bermain boling di Terengganu Equestrian Resort (TER). Raya pun main boling gak...