PROFIL GC

Monday, December 14, 2009

PUNCA UTAMA MASALAH DISIPLIN PELAJAR

Pada masa kini, masalah disiplin di kalangan pelajar semakin menjadi-jadi. Pelbagai pendekatan dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Walau bagaimanapun, masalah tersebut tetap berleluasa. Lebih malang lagi, ada sesetengah sekolah yang cuba merahsiakan kes disiplin yang sebenarnya dengan menyatakan bahawa sekolah mereka tiada masalah disiplin pelajar.

Sebenarnya, punca utama berleluasanya masalah disiplin ini adalah kerana kelemahan guru-guru perempuan / wanita dalam menanganinya sama ada di dalam ataupun di luar kelas. Memang tidak dapat dinafikan, bilangan guru perempuan lebih banyak daripada guru lelaki di beberapa buah sekolah. Tidak dapat dinafikan bahawa guru-guru perempuan lebih komited dengan tugasan terutamanya dalam aspek pendokumentasian mereka berbanding guru-guru lelaki. Tidak dapat dinafikan juga bahawa guru perempuan lebih gemar membebel daripada guru lelaki. Namun, yang menyedihkan ialah guru perempuan gagal mendisiplinkan pelajar-pelajar. Sebaliknya, mereka yang dipermainkan semula oleh pelajar-pelajar. Justeru, bagaimana masalah disiplin dapat ditangani sekiranya situasi ini kerap berlaku di sekolah-sekolah?

Sebagai jalan penyelesaian, pihak berwajib perlu memastikan nisbah guru lelaki di sesebuah sekolah itu perlulah lebih banyak daripada guru perempuan. Sehebat-hebat guru perempuan adalah selemah-lemah guru lelaki! Adakah kalian bersetuju dengan isu kontroversi ini? Nyatakan komen secara praktikal, bukannya emosional demi memartabatkan institusi pendidikan di samping mampu menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah.

Tuesday, December 1, 2009

BOLING GURU & BEKAS MURID


Pada cuti Hari Raya Eid Adha ( ejaan baru....ntah betul atau tidak ), aku dan bekas murid SKHM bermain boling bersama-sama di TLDM Lumut. Seronok rasanya dapat bertemu dengan murid-murid yang telah berjaya dalam pelajaran khasnya. Ada yang bakal menjadi guru dan ada yang telah berjaya menapak ke UiTM Shah Alam.....aiks macam cikgu gak ye.....graduan ITM Cawangan Perak 85/87.

Ehem...keputusan bermain boling? Tak payah ceritalah siapa yang menang....kakaka! Apa-apapun tahniah kerana telah berjaya menempuhi sebahagian cabaran dalam kehidupan ini.