PROFIL GC

Saturday, September 26, 2009

BERAYA DI TERENGGANU


Gambar aku dan keluarga mentua di Terengganu...walaupun orang kampung tetapi anak-anak berpelajaran tinggi serta tidak meninggi diri!


Musim buah cempedak.....tak payah beli !


Mat turut bermain boling dengan aku...


Aku bermain boling di Terengganu Equestrian Resort (TER). Raya pun main boling gak...


BERAYA DI HUTAN MELINTANG


Inilah anak buah aku...Butet! Pada waktu siang dia tak larat berpuasa tetapi tak mahu berbuka. Sebaliknya, dia nak bersahur....!


Jefri pun datang beraya...


Amboi, seronoknya kanak-kanak apabila berkumpul sesama geng! Tambahan pula Hari Raya. Meriah...

MENGECAT PAGAR RUMAH




Percayakah kalian bahawa proses mengecat pagar rumah ini mengambil masa hampir sebulan? Ha...boleh masuk Guinness Record ! Apa-apa pun terima kasih kepada murid-murid yang sudi menolong...

Tuesday, September 22, 2009

BALIK DARI UMRAH







Aku, isteri, Noli dan Zaki menyambut kepulangan emak dari mengerjakan umrah pada 22 September 2009, jam 1.30 pagi di KLIA. Kemudian, kami daftar masuk di Hotel Nilai Negeri Sembilan supaya emak dapat berehat buat seketika. Pada jam 9.00 pagi, kami pulang ke Hutan Melintang.

SAMBUTAN HARI RAYA


Amboi, Lokman raya juga! Puasa penuh tak?


Macam orang sakit gigi saja Hamka tu..



Seronoknya...


Aku beraya di rumah mak ngah...bukan mak nyah ye...!


Friday, September 18, 2009

LEBAI MALAYA BERBUKA...


Alamak...penuhnya mulut!!!


Ini lebai Myanmar dan Bangla ka...?

Thursday, September 17, 2009

DISKUSI J/KUASA PENGAWAS 2009


Masih sempat lagi membaca novel tu...


Amboi, romantiknya...!


Pada 17 September 2009 telah dijalankan sesi diskusi j/kuasa pengawas bertempat di Bilik Bimbingan & Kaunseling SKHM. Objektifnya adalah untuk merancang majlis jamuan akhir tahun untuk pengawas di samping meraikan sambutan Aidil Fitri.


Kata sepakat diperoleh untuk mengadakan majlis tersebut di luar kawasan sekolah, iaitu di Kafe Tokyo, Simpang Empat pada 2 Oktober 2009 (Jumaat) dari 3.00 - 5.30 petang. Jemputan terdiri daripada ahli Lembaga Disiplin Sekolah serta semua pengawas. Pengangkutan ke sana adalah atas budi bicara pengawas sendiri dan keselamatan diri menjadi tanggungjawab sendiri. Pakaian yang ditetapkan ialah pakaian tradisional.


Pada 18 September 2009, j/kuasa pengawas mula melaksanakan tugas masing-masing seperti menyediakan kad jemputan, menentukan jenis cenderamata, mengenal pasti kewangan dan pengagihan tugasan untuk membeli barangan tertentu.

Sunday, September 13, 2009

BERBUKA & BERSAHUR PERANTAU...


Takkan bersahur makan pisang je, Azhari?


Muka orang mengantuk semasa bersahur


Azhari....seleranya terbuka sesaja!!!


Muaz pula tetap bersabar dan "control macho".

Pada 12 dan 13 September 2009, aku, Muaz, Faizul dan Azhari telah berkunjung ke Ipoh. Objektifnya adalah untuk bermain boling dalam bulan puasa di samping ingin berterawih di salah sebuah masjid di Ipoh. Alhamdulillah, semua objektif tercapai. Seronok juga berterawih di tempat orang. Dapat pengalaman baru...

Tuesday, September 8, 2009

UPSR 2009




Pada hari ini, 8 September 2009, murid-murid mula menduduki UPSR 2009 bagi kertas Bahasa Melayu Pemahaman, Penulisan dan Matematik. Esok akan dijalankan ujian kertas Matematik. Pada 10 September pula akan berlangsung kertas Bahasa Inggeris dan Sains.

Semoga kalian beroleh kecemerlangan sebagaimana yang diharap-harapkan selama ini. Insya-Allah.

Saturday, September 5, 2009

UMRAH DARI KLIA


Emak dan rombongan check in....air mata jangan dikiralah...


Aku dan emak sebelum check in...

Pada petang 5 September 2009, aku, isteri dan Nurul telah menghantar emak ke KLIA. Kami berbuka puasa di USJ. Kemudian, terus ke KLIA. Habis satu kawasan KLIA aku terokai kerana flight ditunda dari jam 2.00 pagi ke 5.30 pagi. Lotih dan kantuk bah....!

Pada jam 4.00 pagi, emak, pak ngah, mak ngah dan ahli rombongan umrah mula check in. Rupa-rupanya GB SK Simpang Empat (Tn Hj Masri dan isteri) turut serta dalam rombongan yang sama.

Selepas sesi "touching", kami pun beredar. Kami bersahur di Kapar. Tiba di rumah pada jam 5.30 pagi. Mengantuk gilerrrr.......

Friday, September 4, 2009

PROGRAM BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT


Kalian ni nak membaca Yasin atau nak makan? Tak pose ke...?


Amboi, khusyuknya mereka! Siap ada air mineral lagi...! Nasi ayam takde lak ye...


Program ini bermula pada jam 3.30 petang bertempat di dalam kelas Tahun 1M dan 1K. Warga SKHM, ibu bapa dan murid-murid hadir bagi melancarkan perjalanan program tersebut. Semoga kita memperoleh rahmat daripada Allah swt. Insya-Allah.

Thursday, September 3, 2009

PROGRAM MOHON RESTU UPSR


Syahdunya...


Barisan warga pendidikan SKHM...manalah bebudak ni! Kata nak mohon restu. Pose ni...!

Pada awal pagi 4 September 2009, telah berlangsung Program Mohon Restu UPSR di kalangan murid-murid tahun enam dari SK Hutan Melintang dengan warga sekolah. Objektifnya adalah supaya segala kesilapan murid dimaafkan oleh semua pihak. Ini bagi membolehkan mereka menduduki UPSR pada minggu hadapan dengan emosi yang stabil dan tenang.

"Selamat menduduki UPSR 2009".

Tuesday, September 1, 2009

SEGMEN JOM BERBAHASA...01

IMBUHAN MEMPER-

memper- + adjektif = memperindah, memperkecil, memperlebar

Pak Jamal sekeluarga sedang memperindah kawasan rumah banglo mereka.

IMBUHAN MEMPER...KAN

memper...kan + kata kerja = mempersembahkan, memperkenalkan

Murid-murid itu sedang mempersembahkan sebuah sketsa yang bertemakan Hari Kemerdekaan.

BOLING BULAN RAMADAN


Bermain boling melatih kita untuk "fokus".



Sewaktu berkunjung ke Kuala Lumpur baru-baru ini, kami sempat bermain boling di Selayang Bowl. Fuh, mahal juga kosnya untuk 1 "game". Namun, minat punya pasal, semua itu tidak menjadi halangan. Hmm...bulan Ramadan tidak mengekang kita daripada beriadah! Jangan sampai lupa beribadah, sudahlah...!