PROFIL GC

Sunday, July 26, 2009

PROGRAM PENUTUP BULAN KECERGASAN

Pada 27 Julai 2009, mulai jam 7.35 pagi telah berlangsung Program Penutup Bulan Kecergasan Peringkat Sekolah bertempat di SK Hutan Melintang. Semua warga sekolah turut melibatkan diri bagi memeriahkan majlis tersbut.

Atur cara dimulakan dengan senaman ringan di Dataran Budi SKHM. Cikgu Ashady bertindak selaku fasilitator. Kemudian semua guru dan murid berjoging di padang SKHM. Selepas itu, warga sekolah berkumpul di kantin sekolah. Guru Besar bertindak selaku perasmi Majlis Penutup Bulan Kecergasan ini.

Beberapa orang murid berjaya memenangi hadiah yang disediakan oleh pihak sekolah sempena Bulan Kecergasan ini. Antara hadiah yang disediakan ialah dalam kategori Keceriaan Kelas, Bola Jaring, Ping Pong dan Pendidikan Seni Visual. Semua murid kelihatan ceria kerana berjaya memperoleh hadiah masing-masing.

Selain itu, beberapa orang murid juga mendapat sumbangan pakaian beruniform (PBSM) yang disampaikan oleh Guru Besar, Tuan Haji Kamalodin bin Mohamad. Semoga sumbangan ini berjaya menaikkan semangat mereka terutamanya dalam aspek kokurikulum.

Thursday, July 23, 2009

BULAN KECERGASAN



Nak berjoging ataupun nak minum 100 Plus? Cergas ke...?



Mulai 13 Julai 2009, SK. Hutan Melintang telah mengadakan Program Kecergasan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di sekolah.


Bagi menjayakan program tersebut, Cikgu Amen berpakat dengan beberapa orang murid untuk berjoging pada setiap petang. Berjoging di sekolah? Tak mainlah......kami telah pergi ke Stadium Mini Sabak Bernam untuk berjoging dengan pelbagai komuniti yang ada di sana. Fuh, seronok rasanya! Badan cergas, minda cerdas!


Kalau setakat di sekolah....biasalah tu! Ini bermakna kami ni luar biasalah....! Barulah dinamakan kreatif.

Sunday, July 19, 2009

MEMORI DI GUA TEMPURUNG




Pada 19 Julai 2009, kira-kira pada jam 2.15 petang, Cikgu Amen membawa Azmeer, Naim dan Iman berkunjung ke Gua Tempurung. Ini adalah untuk menambahkan pengetahuan mereka tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia. Dengan pengetahuan sedia ada, mudah untuk mereka menulis karangan kelak. Secara tidak langsung, inilah yang dikatakan sebagai pembelajaran konstruktivisme, kontekstual dan lawatan...

Sebelum itu, mereka telah menjalani latihan boling tenpin di Ampang Superbowl Ipoh. Selaku pemain senior, Azmeer turut ditugaskan untuk membantu pemain baru seperti Naim dan Iman. Insya-Allah, mereka berpotensi untuk berjaya sekiranya diberikan peluang untuk terus berlatih serta mendapat dorongan daripada keluarga. Ini adalah kerana mereka mempunyai minat dalam permainan ini.

Wednesday, July 15, 2009

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN JURUTEKNIK KOMPUTER


Haaa...macam budak skolah dok terima sijil UPSR la !!





Wajah Cik Yat yang sentiasa ceria...


Pada 15 Julai 2009, kira-kira jam 10.45 pagi telah berlangsung Majlis Jamuan Perpisahan khas untuk Cik Norhayati, iaitu juruteknik komputer SK Hutan Melintang. Majlis diadakan di kantin sekolah dengan dihadiri oleh warga SKHM.

Objektif majlis ini adalah untuk meraikan jasa Cik Norhayati @ Yat yang telah menyemai bakti di sekolah ini sejak tahun 2008 . Kini beliau telah bertukar ke salah sebuah sekolah yang terletak di Pulau Pinang. Selain peramah dan mudah mesra, beliau juga seorang staf yang amat disenangi kerana bersikap "open-minded" serta tidak emosional tanpa karuan.

Dalam majlis berkenaan, Cik Yat diberi kesempatan menyampaikan sepatah dua kata. Kemudian Guru Besar turut berucap serta menyampaikan cenderahati setulus budi daripada warga SKHM kepada Cik Yat.

Semoga Cik Yat cemerlang di destinasi baru serta sejahtera dalam kehidupan seharian.. Sesungguhnya, SKHM amat terasa akan kehilanganmu! Jasamu dikenang, Yat...

Monday, July 13, 2009

BOLING TENPIN PSKPP H/PERAK

Pada 12 Julai 2009, jam 3.00 petang telah berlangsung Pertandingan Boling Tenpin PSKPP H/Perak bertempat di Ampang S/Bowl, Ipoh Parade, Ipoh. Pertandingan ini diuruskan oleh staf dari SMK Seri Perak Teluk Intan. Antara pemain yang mengambil bahagian terdiri daripada wakil-wakil dari :-
PPD Hilir Perak
SMK Sains Bagan Datoh
SMK Seri Perak Teluk Intan
SMK Abdul Rahman Talib Teluk Intan
SMK Hutan Melintang
SMK Seri Perkasa Hutan Melintang

SK Hutan Melintang
SK Sultan Abdul Aziz Teluk Intan
SK Convent Teluk Intan

Pemain-pemain yang terpilih mewakili Daerah Hilir Perak ke peringkat negeri terdiri daripada:-
1. Cikgu Faris - SMK Sains Bagan Datoh
2. Cikgu Amen - SK Hutan Melintang
3. Cikgu Mansur - SK Sultan Abdul Aziz Teluk Intan
4. Cikgu Eddie - SMK Abdul Rahman Talib Teluk Intan
5. Cikgu Zuraidah - SMK Abdul Rahman Talib Teluk Intan
6. Cikgu Sainatul - SMK Seri Perak Teluk Intan

Tahniah dan semoga berjaya mengharumkan nama Daerah Hilir Perak di peringkat negeri.

Friday, July 10, 2009

BOWL OUM PERAK


Aku sedang bersedia sementara menunggu giliran.


Aku dan pasukanku berjaya menjadi johan pada kali ini. Fuyyyooo...


Pada 4 Julai 2009 (Sabtu) telah berlangsung Kejohanan Boling anjuran Open University Malaysia (OUM) Perak di Greentown Bowl, Ipoh. Kejohanan bermula pada jam 12.30 tengah hari. Setiap pemain dikehendaki bermain sebanyak 3 games tanpa bayaran...terima kasih OUM ! Kejohanan ini berjaya mengeratkan hubungan antara pihak pentadbir, staf dan pelajar-pelajar OUM itu sendiri.

HARI INTERAKSI SKHM KALI KE-2


Cikgu Amen (guru kelas & Sains) dan Cikgu Yusni sedang bertungkus-lumus berinteraksi dengan ibu bapa / penjaga murid Tahun 4 Merah.

Pada 26 Jun 2009, mulai jam 3.30 petang telah berlangsung Hari Interaksi SKHM buat kali yang ke-2. Ibu bapa / penjaga murid-murid tahun 1 hingga 6 berduyun-duyun datang ke SKHM untuk berjumpa dengan guru-guru bagi mengetahui prestasi akademik anak masing-masing. Mereka turut menandatangani rekod profil anak mereka. Secara tidak langsung, program ini berjaya mengeratkan hubungan antara guru dengan ibu bapa / penjaga murid. Walaupun berduyun-duyun yang hadir, berduyun-duyun jugalah yang tidak hadir atas pelbagai alasan tersendiri.