PROFIL GC

Monday, July 13, 2009

BOLING TENPIN PSKPP H/PERAK

Pada 12 Julai 2009, jam 3.00 petang telah berlangsung Pertandingan Boling Tenpin PSKPP H/Perak bertempat di Ampang S/Bowl, Ipoh Parade, Ipoh. Pertandingan ini diuruskan oleh staf dari SMK Seri Perak Teluk Intan. Antara pemain yang mengambil bahagian terdiri daripada wakil-wakil dari :-
PPD Hilir Perak
SMK Sains Bagan Datoh
SMK Seri Perak Teluk Intan
SMK Abdul Rahman Talib Teluk Intan
SMK Hutan Melintang
SMK Seri Perkasa Hutan Melintang

SK Hutan Melintang
SK Sultan Abdul Aziz Teluk Intan
SK Convent Teluk Intan

Pemain-pemain yang terpilih mewakili Daerah Hilir Perak ke peringkat negeri terdiri daripada:-
1. Cikgu Faris - SMK Sains Bagan Datoh
2. Cikgu Amen - SK Hutan Melintang
3. Cikgu Mansur - SK Sultan Abdul Aziz Teluk Intan
4. Cikgu Eddie - SMK Abdul Rahman Talib Teluk Intan
5. Cikgu Zuraidah - SMK Abdul Rahman Talib Teluk Intan
6. Cikgu Sainatul - SMK Seri Perak Teluk Intan

Tahniah dan semoga berjaya mengharumkan nama Daerah Hilir Perak di peringkat negeri.

Friday, July 10, 2009

BOWL OUM PERAK


Aku sedang bersedia sementara menunggu giliran.


Aku dan pasukanku berjaya menjadi johan pada kali ini. Fuyyyooo...


Pada 4 Julai 2009 (Sabtu) telah berlangsung Kejohanan Boling anjuran Open University Malaysia (OUM) Perak di Greentown Bowl, Ipoh. Kejohanan bermula pada jam 12.30 tengah hari. Setiap pemain dikehendaki bermain sebanyak 3 games tanpa bayaran...terima kasih OUM ! Kejohanan ini berjaya mengeratkan hubungan antara pihak pentadbir, staf dan pelajar-pelajar OUM itu sendiri.

HARI INTERAKSI SKHM KALI KE-2


Cikgu Amen (guru kelas & Sains) dan Cikgu Yusni sedang bertungkus-lumus berinteraksi dengan ibu bapa / penjaga murid Tahun 4 Merah.

Pada 26 Jun 2009, mulai jam 3.30 petang telah berlangsung Hari Interaksi SKHM buat kali yang ke-2. Ibu bapa / penjaga murid-murid tahun 1 hingga 6 berduyun-duyun datang ke SKHM untuk berjumpa dengan guru-guru bagi mengetahui prestasi akademik anak masing-masing. Mereka turut menandatangani rekod profil anak mereka. Secara tidak langsung, program ini berjaya mengeratkan hubungan antara guru dengan ibu bapa / penjaga murid. Walaupun berduyun-duyun yang hadir, berduyun-duyun jugalah yang tidak hadir atas pelbagai alasan tersendiri.

Monday, June 29, 2009

KARNIVAL SAINS HILIR PERAK



Peserta EUREKA sedang beraksi poyo....


Aksi penyokonglah kononnya...tapi balik awal !!


Pada 27 Jun 2009, Panitia Sains SK. Hutan Melintang telah menghantar beberapa orang peserta untuk menyertai Karnival Sains Peringkat Daerah Hilir Perak yang bertempat di SMK Hutan Melintang. Para peserta terdiri daripada murid-murid tahun 2, 4 dan 5 yang berjaya semasa bertanding di peringkat kelompok 5. Mereka terbabit dalam pertandingan bercerita tahap satu, eureka dan amali sains. Walaupun gagal memenangi sebarang hadiah, namun ilmu dan pengalaman yang diperoleh amat bermakna bagi setiap peserta tersebut.

Sebanyak enam orang murid Tahun 6 Merah turut hadir bagi memberikan sokongan kepada para peserta yang berkenaan. Mereka berada di sana dari jam 8.30 - 11.00 pagi. Di samping itu, mereka berkesempatan melawat pelbagai jenis pameran yang diadakan sempena berlangsungnya karnival tersebut.

Cikgu Amen menjadi guru pengiring mereka. Ke manakah perginya murid-murid Tahun 6 Merah yang lain? Mereka terlibat dalam Kem Teknik Menjawab Soalan UPSR di Bangunan UMNO Bagan Datoh yang terletak di Simpang Empat. Maklumlah.....mereka pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang! Bagaimanakah pula DARJAT enam orang murid yang tidak terlibat itu? Tepuk dada, tanyalah minda. Fikir, fikirkanlah sendiri.....

Monday, June 15, 2009

SUKAN PERAK (SUPER)




Dari 11 - 13 Jun 2009 telah berlangsung Sukan Perak (SUPER) bagi acara boling tenpin di Ampang Superbowl, Ipoh. Daerah Hilir Perak menghantar 4 orang atlet lelaki dan 4 orang atlet perempuan. Guru pengiring terdiri daripada 4 orang, iaitu Cikgu Amen, Cikgu Mansur, Cikgu Mazura dan Cikgu Sainatul. Kami telah menginap di Asrama MSN Ipoh.






Sunday, June 7, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU



Pada 6 Jun 2009 yang lalu telah berlangsung majlis perkahwinan anakanda kedua mantan Guru Besar SKHM (Tn. Hj. Saleh b. Abdul Hamid), iaitu Khairul Anuar b. Saleh bertempat di Dewan SEMESTI. Majlis berlangsung penuh meriah. Ramai tetamu turut hadir bagi mengeratkan hubungan silaturahim.

Walau bagaimanapun, maaf kupohon kerana tidak dapat membantu sebagaimana yang dijanjikan kerana menghadapi masalah kesihatan pada saat-saat akhir.












Al-Fatihah...

Pada tanggal 31 Mei 2009, kira-kira pada jam 1.30 petang, aku menerima berita bahawa Mohd Al Hafiz (SEMARAK) meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Tergamam seketika tatkala menerima berita sedih itu. Tergambar di ruang mata segala kenangan semasa bersama-sama terutamanya sewaktu menyertai kejohanan boling tenpin Hilir Perak. Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Kepada keluarga arwah, takziah aku ucapkan. Semoga roh arwah diberkati dan dilindungi oleh Allah swt. Sesungguhnya, setiap yang bermula pasti akan berakhir jua...