PROFIL GC

Monday, May 18, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH







Pada 18 Mei 2009, bermula pada jam 8:00 pagi telah berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat SKHM. Oleh sebab hujan gerimis, atur cara formal dijadikan sebagai pembukaan. Justeru, pelbagai perutusan dan ucapan disampaikan oleh guru-guru yang terbabit.

Sambutan Hari Guru pada tahun ini dikendalikan oleh kakitangan bukan guru. YDP, NYDP serta AJK PIBG turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Pelbagai jenis persembahan oleh murid-murid turut menghiburkan para guru. Aku juga turut mendendangkan sebuah lagu bertajuk "Salam Terakhir" dengan iringan gitar oleh Cikgu Ashady. Saja nak suka-suka....

Selepas menikmati jamuan di kantin sekolah, acara sukaneka pula diadakan di Dataran SKHM. Pelbagai reaksi guru dapat diperhatikan sepanjang acara tersebut berlangsung. Pendek kata, macam-macam ada.....kumpulan aku mendapat tempat tercorot....!!
Akhir sekali, dijalankan atur cara pertukaran hadiah di kalangan kakitangan SKHM. Guru Besar dijemput untuk menyampaikan semua hadiah. Guru Besar turut menyampaikan cenderahati peribadinya kepada kami. Terima kasih, cikgu.....

Hahaha.....aku telah dipilih oleh rakan-rakan sebagai Tokoh Guru SKHM 2009! Dapatlah cenderahati untuk kenang-kenangan. Walaupun pada tahun ini aku sering keluar meninggalkan sekolah, tetapi entah mengapa aku jua yang dipilih oleh mereka. Apa-apapun aku amat menghargainya. Terima kasih, teman....

Kepada semua murid, terima kasih kerana menghulurkan hadiah untuk guru-guru walaupun bukan hadiah yang kami harapkan. Begitulah rentetan hidup seorang guru yang tetap disanjung oleh murid-muridnya biarpun semakin banyak cabaran dan dugaan yang melanda.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA....SELAMAT HARI GURU !





No comments:

Post a Comment