PROFIL GC

Wednesday, May 13, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN PBS














Wakil PPD, Ketua Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Kawasan Hilir Perak sedang mengadakan sesi perbincangan.



En. Abdul Ghani sedang menyampaikan taklimat. Semua guru khusyuk mendengarnya.
Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan PBS bagi subjek Bahasa Melayu buat kali ke-3 telah berlangsung di Hotel Hill City, Ipoh pada 13 Mei 2009 yang lalu. Semua wakil PPD Perak, Ketua Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Kawasan hadir pada hari tersebut.

Pn. Maimunah Rohani, iaitu Ketua Pentaksir Negeri telah menyampaikan taklimat mengenai perubahan terkini dalam PLBS. Ini untuk memastikan kelancaran pentaksiran yang perlu dijalankan di setiap sekolah di negeri Perak. Antara perubahan yang dinyatakan ialah penggunaan pelbagai jenis borang seperti RPM, PPM, BSI dan LP. Selain itu, jika berlaku pertukaran sekolah di kalangan murid, mereka perlu membawa semua borang ke sekolah yang baru kecuali borang BSI.

Sijil PLBS perlu dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada murid-murid tahun 6 sahaja. Tarikh berlangsungnya PLBS penggal pertama adalah dari bulan Januari - Julai 2009. Dari 3 - 6 Ogos 2009, setiap Ketua Pentaksir sekolah perlu menyerahkan hasil dapatan kepada Pentaksir Kawasan. Dari 10 - 13 Ogos pula, Pentaksir Kawasan perlu menyerahkan dapatan mereka kepada Ketua Pentaksir Kawasan manakala dari 17 - 20 Ogos 2009, Ketua Pentaksir Kawasan perlu menyerahkn dapatan mereka kepada Ketua Pentaksir Negeri.

Dalam mesyuarat itu juga, Ketua Sektor memberi jaminan bahawa tidak akan timbul masalah kedatangan para pentaksir ke sekolah-sekolah disambut dengan layanan negatif oleh pihak pentadbir sekolah. Jika masih berlaku, beliau meminta agar dimaklumkan kepadanya nama sekolah-sekolah yang berkenaan. Ini bagi memastikan urusan PLBS dapat berjalan dengan lancar di negeri Perak ini.

No comments:

Post a Comment