PROFIL GC

Friday, March 5, 2010

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKHM...


Acara perbarisan antara rumah sukan. Rumah Merah menang...Tahniah!


Ikrar sukan oleh Mohd Adib serta pahlawan Melayu dan koboi Mexico.....!!!


Pada 4 Mac 2010 bersamaan hari Khamis telah berlangsung Temasya Sukan Tahunan SK. Hutan Melintang buat kali ke-22. Temasya bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Yang Berusaha Dr. Muthu Chelvan telah merasmikan upacara pembukaan manakala upacara penutup dirasmikan oleh Yang Berusaha En. Zainal Abidin Ibrahim, Ketua Komuniti Hutan Melintang.


Rumah Kuning berjaya menjadi johan, diikuti oleh Rumah Merah dan Biru. Olahragawan disandang oleh Mohd Adib Hashim (Kuning) manakala olahragawati dianugerahkan kepada Siti Mahirah Mat Tuah (Merah). Patutlah Rumah Biru kalah kerana tiada atlet berbakat besar......kakaka!


Tahniah kepada yang berjaya. Terima kasih kepada yang menghulurkan kerjasama. Cuma satu harapan diminta agar tiada lagi acara 4X100 meter yang berlangsung tanpa baton. Geli hati tetapi ada jua terselit elemen yang agak memalukan dan mengguris kredibiliti individu tertentu.

No comments:

Post a Comment