BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) :A : 25/37 : 73.8%
BAHASA MELAYU (PENULISAN) :A : 27/37 : 78.0%
BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) :LULUS : 37/37 : 100%
BAHASA MELAYU (PENULISAN) :LULUS : 36/37 : 97.3%
BILANGAN MURID KELAS CEMERLANG :20 ORANG
BILANGAN MURID KELAS SOKONGAN :17 ORANG
JUMLAH SEMUA CALON UPSR :37 ORANG
BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) GRED A KELAS CEMERLANG : 19/20 : 95.0%
BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) GRED A KELAS SOKONGAN : 06/17 : 35.3%
BAHASA MELAYU (PENULISAN) GRED A KELAS CEMERLANG : 20/20 : 100%
BAHASA MELAYU (PENULISAN) GRED A KELAS SOKONGAN : 07/17 : 41.2%
Sunday, November 21, 2010
Thursday, September 2, 2010
ALAHAI GC DGA 38...
Pada hari Rabu, 1 September 2010, dua orang nazir berwibawa, iaitu Encik Ismail dan Puan Adayah telah berkunjung ke SK Hutan Melintang bagi menilai salah seorang Guru Cemerlang sekolah tersebut, iaitu Cikgu Amenuddin Abdul Aziz ( akulah tu...kakaka! ) bagi proses kenaikan pangkat dari Guru Cemerlang DGA34 kepada DGA 38. Selain meninjau situasi p&p Tahun 6 Kuning kendalianku, mereka turut meneliti fail dan segala dokumentasi yang ada di samping bersoal jawab secara mesra dan berhemah berkaitan dengan NKRA, SIP, LINUS dan sebagainya.
ALhamdulillah kerana semuanya berjalan lancar. Insya-Allah jika rezekiku ada, berjayalah nanti. Namun, jika sebaliknya berlaku aku tetap telus menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang guru dengan penuh etika dan tanggungjawab kerana aku sememangnya meminati bidang keguruan !
ALhamdulillah kerana semuanya berjalan lancar. Insya-Allah jika rezekiku ada, berjayalah nanti. Namun, jika sebaliknya berlaku aku tetap telus menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang guru dengan penuh etika dan tanggungjawab kerana aku sememangnya meminati bidang keguruan !
Saturday, August 21, 2010
PENGAWAS SKHM 2010...
STAF SKHM 2010...
Tuesday, August 10, 2010
ALAHAI...RUMAH BAPAK !

Inilah rumah asal aku dan keluargaku setelah diubah suai oleh bro Hamdan dan bro Abu dari Kg Bumi Hijau. Anai-anai memang pelahap apabila bertemu dengan papan/kayu. Mujurlah rumah ini dapat diselamatkan sebelum rebah menyembah bumi. Walaupun pengubahsuaian memerlukan kos yang tinggi, namun wang boleh dicari tetapi khazanah pusaka hanya itu yang ada untuk dijadikan kenang-kenangan sepanjang zaman...
Thursday, August 5, 2010
TAMAN REKREASI GUNUNG LANG...


Seronok juga menyaksikan keindahan alam di sini. Kewujudan air terjun buatan manusia menambahkan lagi kemolekannya. Pelbagai jenis ikan di dalam tasik membuatkan kita berasa geram melihatnya. Keseronokan semakin bertambah apabila berpeluang menaiki bot menuju ke pulau di tengah tasik.
Cuti-cuti Malaysia...
BANGUNAN BARU SKHM...

Fuh, setelah sekian lama menanti akhirnya bayangan blok baru bangunan SKHM terlaksana jua! Walaupun masih belum boleh digunakan lagi, namun kewujudannya di depan mata sekurang-kurangnya mampu memberi satu sinar pengharapan baru kepada warga SKHM. Terima kasih diucapkan kepada mantan Guru Besar SKHM, Tn Hj Saleh Abdul Hamid dan En Abdul Latiff Mohd Ariff kerana atas usaha merekalah terbinanya bangunan baru ini. Mungkin molek kiranya dewan sekolah ini diberi nama Dewan Seri Musa...
Tuesday, August 3, 2010
KEMBALI KE BLOG...
Fuh....agak lama saya tidak melayari blog sendiri! Bukan terlalu sibuk tetapi terlalu alpa melayani facebook yang pada ketika itu agak baru berbanding blog. Namun, setiap yang selalu kita buat akhirnya akan menyebabkan kita berasa jemu. Biasalah tu...
Pada sepanjang tahun 2010 ini, aktiviti luar yang membabitkan Guru Cemerlang amat berkurangan. Mengapa? Faham-faham sahajalah kedudukan ekonomi negara... Semoga semuanya akan berakhir dengan sinar gemilang!
Pada sepanjang tahun 2010 ini, aktiviti luar yang membabitkan Guru Cemerlang amat berkurangan. Mengapa? Faham-faham sahajalah kedudukan ekonomi negara... Semoga semuanya akan berakhir dengan sinar gemilang!
Thursday, June 3, 2010
HARI INTERAKSI 2010
Saturday, May 15, 2010
PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA
Wednesday, May 5, 2010
PROGRAM TEKNIK MENJAWAB BM


Atur cara penutupan majlis...

Murid khusyuk membuat latihan...

Hilmi tersengguk pada meja komputer...
MASA : 2.30 - 4.30 ptg
TARIKH : 5 Mei 2010 (Rabu)
TEMPAT : Makmal Komputer (2) SKHM
PENCERAMAH : Tn. Hj. Mohd Ramli bin Sabran, Guru Cemerlang BM
GURU YANG HADIR : En. Mokhtar, En. Amenuddin, En. Sharuddin dan En. Yusni
KEHADIRAN MURID : 30 orang.
Tuesday, March 30, 2010
KEJOHANAN BOLING TENPIN NEGERI PERAK 2010

Kejohanan ini berlangsung dari 29 Mac - 1 April 2010. Pada tahun ini, kategori berpasukan tidak dipertandingkan kerana masalah kewangan. Pada tahun 2009, Daerah Hilir Perak berjaya mendapat tempat ke-5.
Bagi kategori individu lelaki bawah 12 tahun keputusannya adalah seperti yang berikut :
a) Ahmad Azrul Naim b. Muhd Suod - SKHM - 14 daripada 60
b) Mohd Aidil Afif b. Mohd Yasir - SKHM - 15 daripada 60
c) Afiq Fahmi b. Norazmi - SKSAA - 28 daripada 60
d) Mohd Hilmi b. Mohd Asri - SKHM - 38 daripada 60
Bagi kategori individu lelaki bawah 15 tahun keputusannya adalah seperti yang berikut :
a) Abdul Hadi - SEMESTI - ke-12
b) Mohd Faizul b. Md Saleh - SMK Gunung Rapat - ke-19
c) Mohd Rahmat b. Abd Wahab - SHUMEL - ke-48
d) Iman b. Sapari - SMK Seri Perkasa - ke-49
Tahniah kepada semua yang terlibat...
Wednesday, March 24, 2010
PERTANDINGAN SYARAHAN SJKC / SJKT
Monday, March 15, 2010
KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSD H/PERAK


Tahniah kepada para pemain boling tenpin SKHM yang berjaya sekali lagi dalam pertandingan tersebut pada 14 Mac 2010 di Ampang S/Bowl Ipoh.
Kategori Lelaki : Johan : Ahmad Azrul Naim b. Muhd Suod (SKHM)
: Naib Johan: Mohd Aidil Afif b. Mohd Yasir (SKHM)
: Ketiga : ( SK Sultan Abdul Aziz )
: Keempat : Mohd Hilmi b. Mohd Asri (SKHM)
Kategori Perempuan : Johan : SK Sultan Abdul Aziz
: Naib Johan: SK Kg Bahagia
: Ketiga : Fatin Syahmimi bt. Suhaimi (SKHM)
: Keempat : Nur Hamizah Diyanah bt. K/Bahrin (SKHM)
Mereka akan ke peringkat negeri di Ipoh pada 29 Mac 2010. Good Luck!
Friday, March 5, 2010
TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKHM...

Acara perbarisan antara rumah sukan. Rumah Merah menang...Tahniah!

Ikrar sukan oleh Mohd Adib serta pahlawan Melayu dan koboi Mexico.....!!!
Pada 4 Mac 2010 bersamaan hari Khamis telah berlangsung Temasya Sukan Tahunan SK. Hutan Melintang buat kali ke-22. Temasya bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Yang Berusaha Dr. Muthu Chelvan telah merasmikan upacara pembukaan manakala upacara penutup dirasmikan oleh Yang Berusaha En. Zainal Abidin Ibrahim, Ketua Komuniti Hutan Melintang.
Rumah Kuning berjaya menjadi johan, diikuti oleh Rumah Merah dan Biru. Olahragawan disandang oleh Mohd Adib Hashim (Kuning) manakala olahragawati dianugerahkan kepada Siti Mahirah Mat Tuah (Merah). Patutlah Rumah Biru kalah kerana tiada atlet berbakat besar......kakaka!
Tahniah kepada yang berjaya. Terima kasih kepada yang menghulurkan kerjasama. Cuma satu harapan diminta agar tiada lagi acara 4X100 meter yang berlangsung tanpa baton. Geli hati tetapi ada jua terselit elemen yang agak memalukan dan mengguris kredibiliti individu tertentu.
Saturday, February 20, 2010
FORUM KECEMERLANGAN UPSR 2010


Pada 18.02.2010, Khamis bertempat di PKG Hutan Melintang telah berlangsung Forum Kecemerlangan UPSR 2010. Majlis bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira pada pukul 4.30 petang.
Lima orang ahli panel ( bekas murid SKHM ) telah hadir, iaitu :
Mohd Fahmi b. Mohamed Zamhuri - SBP Integrasi Gopeng, Perak.
Mohd Loqman b. Zulkipli - SMAP Kajang, Selangor.
Aminah Syafiqah bt Samrin - MRSM Merbok, Kedah,
Norhamimi bt Mohamed - SEMESTI, Perak.
Siti Suhaila bt Sarip - SHUMEL, Perak.
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman terutamanya dengan adik-adik di SKHM ini. Semoga kalian cemerlang dalam SPM...
Friday, January 29, 2010
MAJLIS PERMUAFAKATAN SKHM 2010

En. Nor Halim Jaafar dari SK. Sultan Idris 2, Teluk Intan ( AJK PIBG SKHM ) sedang menyampaikan ceramah motivasi keibubapaan.

Kalangan ibu bapa / penjaga yang turut hadir.

Tn. Hj. Kamalodin Mohamad ( Guru Besar SKHM ) sedang menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan.

Majlis Permuafakatan ini melibatkan warga sekolah dengan ibu bapa / penjaga bagi murid-murid tahun enam. Majlis bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir kira-kira pada jam 5.30 petang. Objektif majlis ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara guru dengan ibu bapa / penjaga. Di samping itu, majlis ini juga merupakan pentas untuk memberi penerangan tentang program UPSR yang dirancang oleh pihak sekolah kepada ibu bapa / penjaga. Sebelum pembentangan program dijalankan, ibu bapa / penjaga didedahkan dengan ceramah keibubapaan oleh Cikgu Nor Halim Jaafar dari SK. Sultan Idris 2, Teluk Intan. Beliau juga merupakan AJK PIBG SKHM.
Terima kasih kepada semua yang terlibat...
Subscribe to:
Posts (Atom)