Saturday, September 26, 2009
BERAYA DI TERENGGANU
Gambar aku dan keluarga mentua di Terengganu...walaupun orang kampung tetapi anak-anak berpelajaran tinggi serta tidak meninggi diri!
Musim buah cempedak.....tak payah beli !
Mat turut bermain boling dengan aku...
BERAYA DI HUTAN MELINTANG
Tuesday, September 22, 2009
SAMBUTAN HARI RAYA
Friday, September 18, 2009
Thursday, September 17, 2009
DISKUSI J/KUASA PENGAWAS 2009
Masih sempat lagi membaca novel tu...
Amboi, romantiknya...!
Pada 17 September 2009 telah dijalankan sesi diskusi j/kuasa pengawas bertempat di Bilik Bimbingan & Kaunseling SKHM. Objektifnya adalah untuk merancang majlis jamuan akhir tahun untuk pengawas di samping meraikan sambutan Aidil Fitri.
Kata sepakat diperoleh untuk mengadakan majlis tersebut di luar kawasan sekolah, iaitu di Kafe Tokyo, Simpang Empat pada 2 Oktober 2009 (Jumaat) dari 3.00 - 5.30 petang. Jemputan terdiri daripada ahli Lembaga Disiplin Sekolah serta semua pengawas. Pengangkutan ke sana adalah atas budi bicara pengawas sendiri dan keselamatan diri menjadi tanggungjawab sendiri. Pakaian yang ditetapkan ialah pakaian tradisional.
Pada 18 September 2009, j/kuasa pengawas mula melaksanakan tugas masing-masing seperti menyediakan kad jemputan, menentukan jenis cenderamata, mengenal pasti kewangan dan pengagihan tugasan untuk membeli barangan tertentu.
Sunday, September 13, 2009
BERBUKA & BERSAHUR PERANTAU...
Takkan bersahur makan pisang je, Azhari?
Muka orang mengantuk semasa bersahur
Azhari....seleranya terbuka sesaja!!!
Muaz pula tetap bersabar dan "control macho".
Pada 12 dan 13 September 2009, aku, Muaz, Faizul dan Azhari telah berkunjung ke Ipoh. Objektifnya adalah untuk bermain boling dalam bulan puasa di samping ingin berterawih di salah sebuah masjid di Ipoh. Alhamdulillah, semua objektif tercapai. Seronok juga berterawih di tempat orang. Dapat pengalaman baru...
Tuesday, September 8, 2009
UPSR 2009
Pada hari ini, 8 September 2009, murid-murid mula menduduki UPSR 2009 bagi kertas Bahasa Melayu Pemahaman, Penulisan dan Matematik. Esok akan dijalankan ujian kertas Matematik. Pada 10 September pula akan berlangsung kertas Bahasa Inggeris dan Sains.
Semoga kalian beroleh kecemerlangan sebagaimana yang diharap-harapkan selama ini. Insya-Allah.
Saturday, September 5, 2009
UMRAH DARI KLIA
Emak dan rombongan check in....air mata jangan dikiralah...
Aku dan emak sebelum check in...
Pada petang 5 September 2009, aku, isteri dan Nurul telah menghantar emak ke KLIA. Kami berbuka puasa di USJ. Kemudian, terus ke KLIA. Habis satu kawasan KLIA aku terokai kerana flight ditunda dari jam 2.00 pagi ke 5.30 pagi. Lotih dan kantuk bah....!
Pada jam 4.00 pagi, emak, pak ngah, mak ngah dan ahli rombongan umrah mula check in. Rupa-rupanya GB SK Simpang Empat (Tn Hj Masri dan isteri) turut serta dalam rombongan yang sama.
Selepas sesi "touching", kami pun beredar. Kami bersahur di Kapar. Tiba di rumah pada jam 5.30 pagi. Mengantuk gilerrrr.......
Friday, September 4, 2009
PROGRAM BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT
Kalian ni nak membaca Yasin atau nak makan? Tak pose ke...?
Amboi, khusyuknya mereka! Siap ada air mineral lagi...! Nasi ayam takde lak ye...
Program ini bermula pada jam 3.30 petang bertempat di dalam kelas Tahun 1M dan 1K. Warga SKHM, ibu bapa dan murid-murid hadir bagi melancarkan perjalanan program tersebut. Semoga kita memperoleh rahmat daripada Allah swt. Insya-Allah.
Thursday, September 3, 2009
PROGRAM MOHON RESTU UPSR
Syahdunya...
Barisan warga pendidikan SKHM...manalah bebudak ni! Kata nak mohon restu. Pose ni...!
Pada awal pagi 4 September 2009, telah berlangsung Program Mohon Restu UPSR di kalangan murid-murid tahun enam dari SK Hutan Melintang dengan warga sekolah. Objektifnya adalah supaya segala kesilapan murid dimaafkan oleh semua pihak. Ini bagi membolehkan mereka menduduki UPSR pada minggu hadapan dengan emosi yang stabil dan tenang.
"Selamat menduduki UPSR 2009".
Tuesday, September 1, 2009
SEGMEN JOM BERBAHASA...01
IMBUHAN MEMPER-
memper- + adjektif = memperindah, memperkecil, memperlebar
Pak Jamal sekeluarga sedang memperindah kawasan rumah banglo mereka.
IMBUHAN MEMPER...KAN
memper...kan + kata kerja = mempersembahkan, memperkenalkan
Murid-murid itu sedang mempersembahkan sebuah sketsa yang bertemakan Hari Kemerdekaan.
memper- + adjektif = memperindah, memperkecil, memperlebar
Pak Jamal sekeluarga sedang memperindah kawasan rumah banglo mereka.
IMBUHAN MEMPER...KAN
memper...kan + kata kerja = mempersembahkan, memperkenalkan
Murid-murid itu sedang mempersembahkan sebuah sketsa yang bertemakan Hari Kemerdekaan.
BOLING BULAN RAMADAN
Bermain boling melatih kita untuk "fokus".
Sewaktu berkunjung ke Kuala Lumpur baru-baru ini, kami sempat bermain boling di Selayang Bowl. Fuh, mahal juga kosnya untuk 1 "game". Namun, minat punya pasal, semua itu tidak menjadi halangan. Hmm...bulan Ramadan tidak mengekang kita daripada beriadah! Jangan sampai lupa beribadah, sudahlah...!
Subscribe to:
Posts (Atom)