PROFIL GC

Thursday, September 17, 2009

DISKUSI J/KUASA PENGAWAS 2009


Masih sempat lagi membaca novel tu...


Amboi, romantiknya...!


Pada 17 September 2009 telah dijalankan sesi diskusi j/kuasa pengawas bertempat di Bilik Bimbingan & Kaunseling SKHM. Objektifnya adalah untuk merancang majlis jamuan akhir tahun untuk pengawas di samping meraikan sambutan Aidil Fitri.


Kata sepakat diperoleh untuk mengadakan majlis tersebut di luar kawasan sekolah, iaitu di Kafe Tokyo, Simpang Empat pada 2 Oktober 2009 (Jumaat) dari 3.00 - 5.30 petang. Jemputan terdiri daripada ahli Lembaga Disiplin Sekolah serta semua pengawas. Pengangkutan ke sana adalah atas budi bicara pengawas sendiri dan keselamatan diri menjadi tanggungjawab sendiri. Pakaian yang ditetapkan ialah pakaian tradisional.


Pada 18 September 2009, j/kuasa pengawas mula melaksanakan tugas masing-masing seperti menyediakan kad jemputan, menentukan jenis cenderamata, mengenal pasti kewangan dan pengagihan tugasan untuk membeli barangan tertentu.

No comments:

Post a Comment