PROFIL GC

Wednesday, May 30, 2012

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2012

Kem ini berlangsung dari 29 hingga 30 Mei 2012 di SM Sains Bagan Datoh. Sebanyak 60 orang murid terlibat dalam kem ini. Selain murid dari SK Hutan Melintang, dua orang murid dari SK Teluk Buloh dan 4 orang murid dari SK Sg Pergam turut serta dalam program ini.



Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu (Penulisan) telah diadakan pada 29 Mei 2012 dari jam 8.30 hingga 10.30 malam bertempat di PSS SABDA. Teknik MESWA TIRU telah diperkenalkan kepada para peserta. Aisyah Muflihah bt Mohd Mokhtar telah terpilih sebagai murid terbaik bagi subjek Bahasa Melayu (Penulisan) ini. Tahniah ...

Wednesday, May 16, 2012

PGRM TEKNIK MENJAWAB SOALAN B/MELAYU

Pgrm ini telah berlangsung di SK DALARAMA Teluk Intan pada 16 Mei 2012 dari jam 3.00 - 5.00 petang. Informasi yang disampaikan berkaitan dengan Teknik Menjawab Soalan Penulisan. Oleh sebab masa yang diperuntukkan agak panjang, sesi teori dan praktikal telah dijalankan demi kefahaman murid-murid.


Thursday, May 10, 2012

PROGRAM SISC 2012





Program "School Improvement Special Coaches" mula dijalankan pada hari ini, Khamis, 10 Mei 2012. Pertemuan dengan coachee dari SJK(C) Yee Hwa, Sg. Belukang, Selekoh, iaitu En. Teoh Suen Kwan telah berlangsung dalam suasana harmoni. Lawatan kali pertama ini menjurus ke arah mengenal pasti permasalahan dalam Bahasa Melayu dan tindakan untuk menanganinya. Teknik MESWA telah dicadangkan untuk diaplikasikan oleh guru dalam p&p terutamanya bagi subjek Bahasa Melayu (Pemahaman).
Lawatan kedua dijangka akan berlangsung pada minggu pertama selepas cuti persekolahan kelak. Ini bertujuan untuk menilai keberkesanan teknik yang telah dilaksanakan.

Wednesday, May 9, 2012

PGRM TEKNIK MENJAWAB SOALAN B/MELAYU

Program ini telah berlangsung di SK Teluk Buloh pada 9.5.2012 dari jam 2.30 hingga 4.30 petang. Terima kasih kepada Cgu Yati dan Cgu Fauziah yang sudi menjemput saya.



Thursday, May 3, 2012

PGRM TEKNIK MENJAWAB SOALAN B/MELAYU

Pgrm ini berlangsung di SK SG TIANG DARAT pada 3/5/2012 dari jam 8.30 hingga 10.30 pagi, Terima kasih diucapkan kepada Cgu Azwan yang sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah yang berkenaan.



Wednesday, May 2, 2012

PGRM TEKNIK MENJAWAB SOALAN B/MELAYU

Program ini berjaya dilaksanakan pada tanggal 2 Mei 2012 dari jam 3.00 - 5.00 petang. Ia berlangsung di Makmal Komputer SK. Sg. Tiang Baroh. Terima kasih diucapkan atas kepercayaan pihak urus setia, iaitu Pn. Suzilawati dan Pn. Haslina.  (Inilah pengalaman pertamaku di sekolah ini.)








Tuesday, May 1, 2012

BOLING TENPIN TAHUN MELAWAT PERAK 2012

Dua orang murid dari SKHM telah menyertai pertandingan ini. Mohd Arif berjaya menjadi johan (sijil, piala,RM300) manakala Mohd Aidil Alif mendapat tempat ke-9 (sijil, RM20). Tahniah atas kecemerlangan ini.


PGRM TEKNIK MENJAWAB SOALAN B/MELAYU

Program ini telah dijalankan di SK Sg Buloh pada 26 April 2012 dari jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Semua murid didedahkan dengan teknik yang berkesan untuk menjawab soalan Bahasa Melayu (Penulisan). Terima kasih kepada pihak urus setia sekolah ini.