PROFIL GC

Tuesday, February 28, 2012

TERIMA KASIH, TN. GURU BESAR ...

Pada 28.2.2012 kira-kira pada jam 4.00 petang, Tn. Hj. Kamalodin Mohamad telah bermurah hati untuk mengadakan jamuan khas untuk guru dan pemain boling tenpin bertempat di KFC Hutan Melintang. Ini sebagai tanda penghargaan atas kejayaan pasukan boling di peringkat Daerah Hilir Perak baru-baru ini.

Semoga para pemain akan meneruskan kecemerlangan di peringkat negeri pula.



Sunday, February 26, 2012

BOLING KESTA SKHM






Pertandingan Boling Tenpin anjuran Kelab Staf (KESTA) SK. Hutan Melintang telah berlangsung pada 26.2.2012 bermula kira-kira pada jam 10.30 pagi. Sebanyak 24 orang pemain yang terlibat.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :
Johan                                             : Trio Yasir, Khai,Nurlina
Naib Johan                                    : Trio Amen, Azmah, Asrie
Ketiga                                           : Trio, Arif, Tn. Hj. Kamalodin, Iznie
Keempat                                       : Trio Badrul, Fairuz, Hasanah
Jatuhan pin tertinggi (Lelaki)           : Mohd Faiz Yunus
Jatuhan pin tertinggi (Perempuan)   : Azmah Aziz

Friday, February 24, 2012

FORUM UPSR 2012

Program ini telah berlangsung pada 24.2.2012 dari jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari di Makmal Komputer SK. Hutan Melintang.
Ahli panel terdiri daripada :
Mohd Nor Safwan bin Mohd Yusof : SEMESTI
Mohd Noor Zaidi bin Hamdan : SMAP Kajang
Nur Afiqah binti Abdul Razak : SBPI Gopeng



Terima kasih kepada Tn. Hj. Kamalodin bin Mohamad ( Guru Besar ) atas kesudian menyampaikan cenderamata kepada ahli panel. Terima kasih juga kepada Pn. Zakiah binti Othman kerana turut hadir dalam majlis ini.

Tuesday, February 21, 2012

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSD HILIR PERAK




Kejohanan ini telah berlangsung di Ampang Superbowl, Ipoh pada 18 Februari 2012. SK. Hutan Melintang telah berjaya menjadi johan keseluruhan kategori lelaki manakala SK. Sultan Abdul Aziz Teluk Intan menjadi johan keseluruhan kategori perempuan.

Mohd Arif Sahrif dari SKHM menjadi johan kategori lelaki serta memperoleh jatuhan pin tertinggi. Mohd Nooramin Hamdan menduduki tangga keempat, Mohd Aidil Alif Mohd Yasir tempat kelima dan Mohd Amel Aliff Noradzmi tempat ketujuh. Mohd Arif, Mohd Nooramin dan Mohd Aidil Alif layak untuk pemilihan ke peringkat negeri pada 1 Mac 2012 nanti.

Izzatie menduduki tangga ketujuh, Ain Shahirah tangga kelapan, Nur Aqilah Hannani tangga kesembilan manakala Shahdatul pula di tangga ke-21. Pemain perempuan gagal untuk pemilihan ke peringkat negeri.

Monday, February 13, 2012

LATIHAN BOLING PASUKAN SKHM 2012





Pada tahun 2012, SK. Hutan Melintang akan menghantar seramai 8 orang pemain boling peringkat Daerah Hilir Perak yang akan berlangsung pada 18 Februari 2012 di Ampang Superbowl, Ipoh Parade mulai jam 10.00 pagi.

Pasukan lelaki terdiri daripada Mohd Arif (Tahun 6 Merah), Amel Aliff (Tahun 6 Merah), Nooramin (Tahun 6 Kuning) dan Aidil Alif (Tahun 3 Merah).

Pasukan perempuan terdiri daripada Noorizzaitee (Tahun 6 Merah), Ain Shahirah (Tahun 6 Merah), Nur Aqilah Hannani (Tahun 6 Merah) dan Shahdatul Nadiah (Tahun 5 Merah).

Target yang ingin dicapai ialah minimum 3 orang pemain lelaki dan 2 orang pemain perempuan mampu untuk layak ke peringkat negeri. Insya-Allah...

Beberapa lokasi latihan telah dipilih sebelum kejohanan berlangsung. Antaranya Mega Lanes Kuala Selangor, Mega Lanes Sunway Pyramid, Selayang Bowl, Ampang S/Bowl Ipoh, Sitiawan Bowl, Putrajaya dan TLDM Lumut.

Semoga kecemerlangan berjaya diperoleh setelah bertungkus lumus berusaha tanpa mengenal erti jemu.

Wednesday, February 1, 2012

BANJIR KILAT DI SKHM ...


Hujan lebat pada awal pagi (31/1/2012) telah menyebabkan persekitaran SK. Hutan Melintang dilanda banjir kilat. Walau bagaimanapun, sesi pengajaran dan pembelajaran tetap berlangsung seperti biasa.