PROFIL GC

Monday, February 21, 2011

MAKMAL BAHASA SKHM...




Alhamdulillah...akhirnya terlaksana jua impian untuk merealisasikan kewujudan sebuah makmal bahasa di SK. Hutan Melintang. Semoga kemudahan ini akan diguna pakai sepenuhnya oleh warga SKHM apabila operasinya dimulakan selepas setiap guru memperoleh jadual waktu baru.

MAKAN-MAKAN DI KFC H/MELINTANG



Majlis "makan-makan" bagi meraikan kejayaan pasukan boling SKHM telah diadakan di KFC Hutan Melintang kira-kira pada jam 5.00 petang, 20 Februari 2011. Guru Besar SKHM telah sudi menaja keseluruhan jamuan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Kamalodin atas sumbangan beliau demi memotivasikan murid-murid.

Saturday, February 19, 2011

KEJOHANAN BOLING MSSD H/PERAK 2011




Kejohanan telah berlangsung di Ampang S/Bowl Ipoh pada 19 Februari 2011. SKHM telah menghantar 9 orang pemain, iaitu 6 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. SKHM berjaya lagi menjadi johan keseluruhan kategori lelaki.

LELAKI BAWAH 12
JOHAN : MOHD FARHAN BIN NIZAM
NAIB JOHAN : MOHD NOORAMIN BIN HAMDAN
KELIMA : MOHD NAZIRUL IKMAL BIN MOHD RASHID

PEREMPUAN BAWAH 12
KETIGA : THUNISERI A/P VISVAM

Tahniah kepada semua yang terlibat...

Monday, February 7, 2011

SKHM BOWL'S TEAM 2011




Beberapa siri latihan telah pun dijalankan di pelbagai lokasi terpilih bagi mengelakkan kebosanan di samping menambahkan ilmu serta minat pemain dalam menceburi bidang sukan boling tenpin ini. Semoga 2011 terus memberikan sinar cemerlang dalam arena sukan ini khususnya untuk warga SKHM.