PROFIL GC

Thursday, September 2, 2010

ALAHAI GC DGA 38...

Pada hari Rabu, 1 September 2010, dua orang nazir berwibawa, iaitu Encik Ismail dan Puan Adayah telah berkunjung ke SK Hutan Melintang bagi menilai salah seorang Guru Cemerlang sekolah tersebut, iaitu Cikgu Amenuddin Abdul Aziz ( akulah tu...kakaka! ) bagi proses kenaikan pangkat dari Guru Cemerlang DGA34 kepada DGA 38. Selain meninjau situasi p&p Tahun 6 Kuning kendalianku, mereka turut meneliti fail dan segala dokumentasi yang ada di samping bersoal jawab secara mesra dan berhemah berkaitan dengan NKRA, SIP, LINUS dan sebagainya.

ALhamdulillah kerana semuanya berjalan lancar. Insya-Allah jika rezekiku ada, berjayalah nanti. Namun, jika sebaliknya berlaku aku tetap telus menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang guru dengan penuh etika dan tanggungjawab kerana aku sememangnya meminati bidang keguruan !