PROFIL GC

Saturday, August 21, 2010

PENGAWAS SKHM 2010...


Pengawas sekolah masih lagi dikawal selia oleh Cikgu Amenuddin Abdul Aziz sejak tahun 1997. Bilakah agaknya hasrat untuk berundur diri daripada jawatan ini akan terlaksana? Entahlah...

STAF SKHM 2010...


Inilah wajah-wajah staf SKHM sesi 2010 yang diterajui oleh Tn Hj Kamalodin Mohamad selaku Guru Besarnya.

Tuesday, August 10, 2010

ALAHAI...RUMAH BAPAK !


Inilah rumah asal aku dan keluargaku setelah diubah suai oleh bro Hamdan dan bro Abu dari Kg Bumi Hijau. Anai-anai memang pelahap apabila bertemu dengan papan/kayu. Mujurlah rumah ini dapat diselamatkan sebelum rebah menyembah bumi. Walaupun pengubahsuaian memerlukan kos yang tinggi, namun wang boleh dicari tetapi khazanah pusaka hanya itu yang ada untuk dijadikan kenang-kenangan sepanjang zaman...

Thursday, August 5, 2010

TAMAN REKREASI GUNUNG LANG...



Seronok juga menyaksikan keindahan alam di sini. Kewujudan air terjun buatan manusia menambahkan lagi kemolekannya. Pelbagai jenis ikan di dalam tasik membuatkan kita berasa geram melihatnya. Keseronokan semakin bertambah apabila berpeluang menaiki bot menuju ke pulau di tengah tasik.

Cuti-cuti Malaysia...

BANGUNAN BARU SKHM...


Fuh, setelah sekian lama menanti akhirnya bayangan blok baru bangunan SKHM terlaksana jua! Walaupun masih belum boleh digunakan lagi, namun kewujudannya di depan mata sekurang-kurangnya mampu memberi satu sinar pengharapan baru kepada warga SKHM. Terima kasih diucapkan kepada mantan Guru Besar SKHM, Tn Hj Saleh Abdul Hamid dan En Abdul Latiff Mohd Ariff kerana atas usaha merekalah terbinanya bangunan baru ini. Mungkin molek kiranya dewan sekolah ini diberi nama Dewan Seri Musa...

Tuesday, August 3, 2010

KEMBALI KE BLOG...

Fuh....agak lama saya tidak melayari blog sendiri! Bukan terlalu sibuk tetapi terlalu alpa melayani facebook yang pada ketika itu agak baru berbanding blog. Namun, setiap yang selalu kita buat akhirnya akan menyebabkan kita berasa jemu. Biasalah tu...

Pada sepanjang tahun 2010 ini, aktiviti luar yang membabitkan Guru Cemerlang amat berkurangan. Mengapa? Faham-faham sahajalah kedudukan ekonomi negara... Semoga semuanya akan berakhir dengan sinar gemilang!