PROFIL GC

Tuesday, March 30, 2010

KEJOHANAN BOLING TENPIN NEGERI PERAK 2010



Kejohanan ini berlangsung dari 29 Mac - 1 April 2010. Pada tahun ini, kategori berpasukan tidak dipertandingkan kerana masalah kewangan. Pada tahun 2009, Daerah Hilir Perak berjaya mendapat tempat ke-5.


Bagi kategori individu lelaki bawah 12 tahun keputusannya adalah seperti yang berikut :

a) Ahmad Azrul Naim b. Muhd Suod - SKHM - 14 daripada 60


b) Mohd Aidil Afif b. Mohd Yasir - SKHM - 15 daripada 60


c) Afiq Fahmi b. Norazmi - SKSAA - 28 daripada 60


d) Mohd Hilmi b. Mohd Asri - SKHM - 38 daripada 60



Bagi kategori individu lelaki bawah 15 tahun keputusannya adalah seperti yang berikut :


a) Abdul Hadi - SEMESTI - ke-12


b) Mohd Faizul b. Md Saleh - SMK Gunung Rapat - ke-19


c) Mohd Rahmat b. Abd Wahab - SHUMEL - ke-48


d) Iman b. Sapari - SMK Seri Perkasa - ke-49





Tahniah kepada semua yang terlibat...

Wednesday, March 24, 2010

PERTANDINGAN SYARAHAN SJKC / SJKT


Ini yang seronok kerana diberi saguhati...!



Barisan juri yang arif sesangat le tu....!


Tarikh : 24 Mac 2010

Panel Hakim : En. Amenuddin, En. Ariffin, Pn Norhashimah, Pn. Norhayati

Masa : 2.00 - 6.30 petang

Tempat : SJKT Sithambaram Pillay, Teluk Intan.

Monday, March 15, 2010

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSD H/PERAK




Tahniah kepada para pemain boling tenpin SKHM yang berjaya sekali lagi dalam pertandingan tersebut pada 14 Mac 2010 di Ampang S/Bowl Ipoh.

Kategori Lelaki : Johan : Ahmad Azrul Naim b. Muhd Suod (SKHM)
: Naib Johan: Mohd Aidil Afif b. Mohd Yasir (SKHM)
: Ketiga : ( SK Sultan Abdul Aziz )
: Keempat : Mohd Hilmi b. Mohd Asri (SKHM)

Kategori Perempuan : Johan : SK Sultan Abdul Aziz
: Naib Johan: SK Kg Bahagia
: Ketiga : Fatin Syahmimi bt. Suhaimi (SKHM)

: Keempat : Nur Hamizah Diyanah bt. K/Bahrin (SKHM)


Mereka akan ke peringkat negeri di Ipoh pada 29 Mac 2010. Good Luck!

Friday, March 5, 2010

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKHM...


Acara perbarisan antara rumah sukan. Rumah Merah menang...Tahniah!


Ikrar sukan oleh Mohd Adib serta pahlawan Melayu dan koboi Mexico.....!!!


Pada 4 Mac 2010 bersamaan hari Khamis telah berlangsung Temasya Sukan Tahunan SK. Hutan Melintang buat kali ke-22. Temasya bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Yang Berusaha Dr. Muthu Chelvan telah merasmikan upacara pembukaan manakala upacara penutup dirasmikan oleh Yang Berusaha En. Zainal Abidin Ibrahim, Ketua Komuniti Hutan Melintang.


Rumah Kuning berjaya menjadi johan, diikuti oleh Rumah Merah dan Biru. Olahragawan disandang oleh Mohd Adib Hashim (Kuning) manakala olahragawati dianugerahkan kepada Siti Mahirah Mat Tuah (Merah). Patutlah Rumah Biru kalah kerana tiada atlet berbakat besar......kakaka!


Tahniah kepada yang berjaya. Terima kasih kepada yang menghulurkan kerjasama. Cuma satu harapan diminta agar tiada lagi acara 4X100 meter yang berlangsung tanpa baton. Geli hati tetapi ada jua terselit elemen yang agak memalukan dan mengguris kredibiliti individu tertentu.