PROFIL GC

Sunday, August 30, 2009

RAPIDPUTRA


Kami menggunakan perkhidmatan tren Rapidputra untuk pergi ke KLCC dari stesen Masjid Jamek. Oleh sebab laluannya menerusi terowong, tiadalah panorama indah yang dapat kami saksikan. Namun, seronok kerana tiada masalah kesesakan lalu lintas.



Sambil makan angin di KL, aku berpeluang memperkenalkan sistem pengangkutan moden yang terdapat di sini kepada murid-murid yang turut serta dalam program santai Ramadan ini. Ha, barulah mereka jelas dan tahu untuk membezakan antara monorel, rapidputra, STAR, dan komuter! Justeru, jelas p&p secara "hands-on" dan "minds-on" membolehkan murid-murid menguasai sesuatu kemahiran dan subjek secara berkekalan dan mudah. Jika asyik mengaplikasikan teknik "bebelan" sahaja, murid-murid akan berasa bosan!

COSMO WORLD




Semasa melepak di Berjaya Times Square, kami turut berkunjung ke Cosmo World. Hajatnya nak main Roller Coaster yang agak mencabar itu. Namun, tak jadi kerana bimbang pening dan muntah pula nanti. Maklumlah...sedang berpuasa!

Akhirnya, kami berlegar di sekitar kawasan Mall yang amat besar dan gah itu. Sempatlah membeli baju-T, tali leher dan jam tangan untuk kenang-kenangan.


CUTI-CUTI RAMADAN


Haa...kat dalam monorel menuju ke Imbi! Kami nak shopping di Berjaya Times Square. Shopping di Giant atau TF? Sorry....tak mainlah kat situ! Apa kelezz...kakaka.


Jalan Raja Alang...kat depan tu ada Bazar Ramadan.




Inilah hotel tempat kami lepak...


Dari 28 - 30 Ogos 2009, aku sempat berkunjung semula ke Kuala Lumpur yang telah kutinggalkan sekian lama. Banyak perubahan yang berlaku. Begitulah lumrahnya KL!

Aku menginap di Hotel City Villa di Chow Kit. Kawasannya strategik kerana berhampiran dengan stesen monorel, Bazar Ramadan Jln Raja Alang dan pusat membeli-belah. Namun, agak kurang syok kerana kadangkala aku ingat aku berada di Jakarta, bukannya Kuala Lumpur!








Sunday, August 23, 2009

SANTAI BULAN PUASA




Pada petang 23 Ogos 2009, aku sempat menjejakkan kaki di Pantai Rekreasi BNO. Sengaja ingin menenangkan minda selepas menghabiskan sejumlah wang di Bazar Ramadan Sg. Besar. (Susah gak nak kawal nafsu apabila berkunjung ke bazar tersebut.)

Waima, kawasan tersebut tidak sesuai untuk mandi-mandi. Kewujudan sampah-sarap di tepian pantai merosakkan keindahan panorama pada petang itu. Alangkah kejamnya manusia! Bertindak sesuka hati membuang sampah tanpa prihatin akan keindahan alam sekitar. Justeru, tidak hairanlah pencemaran alam tetap ada walaupun di mana kita berada. Semuanya kerana manusia yang tidak bertanggungjawab!

Monday, August 3, 2009

SEDAPNYA RAJA BUAH...


Haa...perut pun dah macam durian !


Seronoknya dapat makan durian percuma...


Pada 2 Ogos 2009, dalam perjalanan pulang dari Ipoh, aku dan beberapa orang murid sempat singgah di sebuah kawasan yang terkenal dengan buah durian ( nama tempatnya aku tak tahu...). Kami sempat menjamah beberapa ulas durian gred A. Fuh, rasanya sedap amat! Berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Pendek kata, puas hati memakannya. Alah membeli, menang memakai !

PROGRAM TEKNIIK MENJAWAB B/MELAYU




Pada 24 Julai 2009, dari jam 8.00 - 10.00 malam aku telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang Teknik Menjawab B/Melayu UPSR. Program berlangsung di SK Sungai Keli. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak urus setia.

Pada mulanya amat berat untuk aku menerima pelawaan mereka kerana aku ingin fokus akan murid-murid di sekolahku sendiri. Tambahan pula, aku sendiri sibuk dengan pembelajaranku di OUM. Namun, tidak sampai hati untuk menolak permintaan daripada rakan-rakan. Susah juga jika ada belas kasihan ni.......! Walau bagaimanapun, syukur alhamdulillah kerana semuanya telah selesai.

Kini aku cuma menunggu tarikh 30 Julai 2009. Inilah hari terakhir aku menjayakan program sebegini untuk tahun ini. Sudah tidak larat lagi rasanya. Terima kasih kepada pihak urus setia SK Simpang Empat kerana turut mengundang aku pada tarikh tersebut.

Aku cuma berharap agar jasa baktiku terutamanya kepada murid-muridku sendiri akan terbalas dengan kejayaan cemerlang mereka dalam UPSR kelak. Insya-Allah.