PROFIL GC

Friday, March 27, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG

Kaum bapa turut khusyuk mendengar ucapan perasmian walaupun hanya segelintir yang hadir...

Antara kaum ibu yang menghadiri mesyuarat tersebut. Seronoknya dapat susu dan beras yaa..!
Majlis perasmian sedang berlangsung...

Pada 26 Mac 2009 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SKHM. Majlis bermula kira-kira pada jam 3.15 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang. Yang diPertua Majlis Perbandaran Teluk Intan telah bertindak selaku perasmi mesyuarat tersebut. Kehadiran di kalangan ibu bapa agak kurang memberangsangkan kerana ada yang terbabit dengan Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur. Namun, majlis tetap berlangsung dengan meriah. Tambahan pula, banyak hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak sekolah. Ada beras, susu, gula, kicap, tepung dan sabun. Tn. Hj. Roslain dipilih sekali lagi sebagai YDP PIBG SKHM sesi 2009/2010. Semoga barisan AJK baru mampu menaikkan martabat PIBG. Tahniah...

PROGRAM R.O.S. DI SKHM

Fuh....fizikal cikgu dah lebih kurus daripada murid daaaa! Ketinggianpun dah hampir sama...

Amboi, berseri-seri wajah mereka dapat berposing sakan dengan bekas guru yang tetap unggul sepanjang zaman !





Dari 23 hingga 27 Mac 2009, empat orang bekas muridku ( dah tuakah aku? ) telah menjalani latihan R.O.S. di sekolah ini. Pelbagai informasi yang didedahkan kepada mereka bagi memastikan latihan mereka berjalan dengan lancar. Terbayang saat-saat awal pembabitanku dalam bidang keguruan ini. Tersangat rajin terutamanya dalam penyediaan BBM......biasalah tu, zaman belajar tidak sesibuk zaman realiti! Namun, yang penting aku tetap bersemangat mendidik anak watan sejak dahulu sehingga kini. Sebagai bukti dedikasiku itu, bekas muridku telah berjaya menjejak langkahku untuk bergelar seorang GURU...






Thursday, March 26, 2009

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BM DI SKTB

Suasana di dalam Dewan Sri Bayan...

Antara murid lelaki dari SK Tg. Bayan yang hadir. Nampak baik saja kerana bersongkok...



P&P berpusatkan murid ialah salah satu daripada ciri pembestarian sekolah...



Pada 17 Mac 2009, aku telah dijemput oleh pihak pengurusan SK Tanjung Bayan untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan teknik menjawab soalan Bahasa Melayu UPSR. Program tersebut berlangsung dari jam 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari. Berbekalkan sekelumit pengalaman dan pengetahuan, aku cuba melakukan yang terbaik demi kecemerlangan murid-murid tersebut. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar. Laksaan terima kasih diucapkan kepada pihak SKTB kerana memberi kepercayaan kepadaku untuk melaksanakan tugasan tersebut...





Tuesday, March 17, 2009

TEKNIK MENJAWAB SOALAN B/MELAYU UPSR

Para peserta bersalaman dengan penceramah setelah berakhirnya majlis tersebut.

GPK (1) SKHM menyampaikan sagu hati kepada penceramah jemputan.

Peserta perempuan begitu khusyuk sehingga terpejam mata.

Peserta lelaki sibuk mencatat informasi terkini...
Pada 10 Mac 2009, telah berlangsung Program Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu bertempat di Bilik Audio Visual SMK Hutan Melintang. Program berlangsung dari jam 3:00 hingga 5:30 petang. Sebanyak 60/65 orang murid hadir pada hari tersebut.
Penceramah jemputan ialah Cikgu Ramli Sabran, iaitu Guru Cemerlang Daerah Hilir Perak. Turut hadir pada hari itu ialah Cikgu Subaker (GPK1), Cikgu Mokhtar (Guru Cemerlang SKHM) dan Cikgu Amen (GC gakkk...). Pelbagai informasi terkini berkaitan dengan subjek Bahasa Melayu berjaya diperoleh sepanjang program itu berlangsung. Semoga bilangan murid yang memperoleh A dalam subjek Bahasa Melayu UPSR meningkat pada tahun ini.




Friday, March 6, 2009

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSD HILIR PERAK

Sebahagian pemain sedang khusyuk semasa upacara penyampaian hadiah

Guru Besar SKHM sedang berucap. Disebelahnya ialah En. Alias Sali, Penyelia Sukan PPD Hilir Perak.


Guru Besar sedang memotong kek hari ulang tahunnya.....acara kejutan!!

Guru Besar SKHM sedang melakukan balingan perasmian.

Kejohanan Boling Tenpin MSSD Hilir Perak telah berlangsung di Ampang Superbowl Ipoh pada 5 Mac 2009 bermula kira-kira pada jam 10.45 pagi. Sebanyak 7 buah sekolah turut serta. Seramai 8 orang pemain terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti.
Kategori lelaki dibolot kesemuanya oleh pemain dari SK Hutan Melintang. Kategori perempuan pula didominasi oleh pemain dari SK Sultan Abdul Aziz dan diikuti oleh SK Hutan Melintang serta SK Kg Bahagia. Tahniah kepada semua yang berjaya.
Terima kasih pula kepada semua pihak yang melibatkan diri dalam kejohanan ini.

Tuesday, March 3, 2009

TAHNIAH....!

Senyum sampai ke telinga Muaz kerana berjaya menjadi johan hafazan.

Tetiba Cikgu Amen pula yang menyampaikan hadiah. Glamor seminit !


Ha....inilah barisan tenaga pengajar dan peserta Program Mahrajan Kesenian Islam SKHM!


Semalam telah berlangsung Program Mahrajan Kesenian Islam di SK Teluk Buloh peringkat Kelompok 5. Alhamdulillah SK Hutan Melintang berjaya menggondol pelbagai kejayaan cemerlang seperti hafazan, bercerita, kompang, tulisan jawi dsb. Kecemerlangan ini memang telah menjadi rutin tahunan Panitia Pendidikan Islam SKHM. Tahniah diucapkan. Walau bagaimanapun, pada tahun-tahun akan datang diharapkan kita berjaya pula menjadi johan dalam pertandingan nasyid. Insya-Allah.

Monday, March 2, 2009

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2009

Pengawas tahun enam sedang berposing sakan dengan sijil masing-masing

Semasa perhimpunan mingguan, seramai 30 orang pengawas sekolah telah menerima sijil pelantikan mereka sebagai pengawas sesi 2009. Ketua Pengawas (L) pada tahun ini ialah Mohd Faiz Ridzwan bin Nizam manakala Ketua Pengawas (P) pula ialah Razin binti Roslain.Sijil disampaikan oleh GPK (1), iaitu En. Ahmad Subaker Tugiman. Semoga mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

KOMPANG OH KOMPANG!

Amboi....habis hatilah berkompang tu!!!

Kontrol hensem le tu....


Semasa perhimpunan sekolah dijalankan di kantin sekolah, pasukan kompang telah mengadakan persembahan mereka. Maklumlah, pada waktu petang nanti mereka akan menyertai pertandingan kompang peringkat kelompok lima.

Satu perkara yang membuat aku "tabik" akan pasukan ini kerana mereka berlatih tanpa tunjuk ajar guru seratus peratus. Sebaliknya, berdasarkan pengetahuan sedia ada, mereka berlatih bersungguh-sungguh. Pendek kata, jika mereka berjaya, kejayaan itu merupakan kejayaan mutlak mereka.

Haaa......aku baru mendapat berita bahawa mereka telah berjaya menjadi johan kelompok lima. Tahniah....! Kalian amat membanggakan pihak sekolah kerana berjaya berdikari bagi mengecap erti kecemerlangan.

Sunday, March 1, 2009

LATIHAN BOLING SAMBIL BERCUTI

Korang ni buat zoom-a atau dok posing perasan...?

Ha! Berapakah peratusan jawapan yang betul tu, Farid?

Menggeletar tangan Firdaus menggunakan komputer riba. Faiz pula macam sakit perut je....


Pada 28 Februari - 1 Mac 2009, aku telah membawa murid-muridku, iaitu Faiz Ridzwan, Farid dan Firdaus ke Ipoh bagi menjalani latihan boling tenpin. Latihan berlangsung di Green Bowl dan Ampang Superbowl. Prestasi mereka yang "suam-suam kuku" memerlukan mereka menjalani latihan intensif dan bersungguh-sungguh. Jika giat berusaha, insya-Allah mereka masih berpotensi untuk berjaya. Situasi ini agak berbeza dengan pencapaian Faizul dan Muaz yang lebih menyerlah. Namun, Azhari dan Azmeer tidak boleh dipandang sebelah mata kerana mereka juga berpotensi walaupun sering jatuh dan bangun tidak menentu! Pemain kategori perempuan pula lebih berpihak kepada Fatin Sakinah. Namun, kebarangkalian Tasya berjaya tidak boleh dinafikan kerana segala-galanya boleh berlaku dalam permainan boling tenpin ini.






Okey...lupakan tentang boling. Pada sebelah malamnya, kami menginap di Hotel Fair Park, Ipoh. Hmmm....seronok juga menginap di sini kerana selesa! Walaupun terpaksa berkongsi katil, itu bukan perkara yang menyukarkan. Pada masa inilah aku berkesempatan memastikan murid-murid yang "rajin" ini membuat latihan Bahasa Melayu menggunakan internet menerusi Program Zoom-A. Impaknya memberangsangkan amat. Justeru, tidaklah mereka membuang masa begitu sahaja.




SEBUTAN KOSA KATA

( e taling )
e...nak, e...dah, re...wang, cen...dol, pe...ka
( e pepet )
e...rat, e...mak, ben...dang, be...kas, ken...duri
Pastikan kalian menggunakan sebutan yang tepat terutamanya perkataan "peka" dan "erat". Jadikanlah Kamus Dewan sebagai sahabat kalian yang paling intim.